Bulan Muharram adalah antara Bulan-Bulan Haram yang dinyatakan kelebihannya di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Antara amalan sunat dilakukan pada bulan ini ialah memperbanyakkan puasa sunat. Anjuran ini terdapat dalam hadis riwayat Muslim dan selainnya.
أَفْضَلُ الصِّيَامِ
بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ
“Puasa paling afdhal
selepas puasa bulan Ramadhan ialah puasa bulan Allah bulan Muharram”
(Muslim, no. 3495, Tirmizi, no.740, Abu Daud, no. 2431)
Menurut al-Zarqani kelebihan berpuasa sunat bulan Muharram tidak bertentangan dengan anjuran memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Hal ini
kerana Rasulullah s.a.w. mengetahui kelebihan ini pada akhir hayat beliau. Oleh itu memperbanyakkan puasa sunat pada
bulan ini adalah digalakkan sama seperti galakan berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
Puasa Asyura
Sunnah berpuasa pada hari Asyura iaitu pada 10
Muharram berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. :
قدم النبي صلى الله عليه و سلم
المدينة . فوجد اليهود صياما . فقال ( ما هذا ؟ ) قالوا هذا يوم أنجى الله فيه
موسى وأغرق فيه فرعون فصامه موسى شكرا . فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( نحن
أحق بموسى منكم ) فصامه وأمر بصيامه
“
Nabi s.a.w telah tiba ke Madinah dan mendapati orang-orang Yahudi berpuasa.
Kata nabi “ puasa apakah ini ? Mereka menjawab hari ini adalah hari yang Allah
selamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun lantas Musa berpuasa sebagai tanda
bersyukur. Kata Rasulullah s.a.w Kami
lebih berhak tentang Musa daripada kamu lantas nabi berpuasa dan menganjurkan
umat islam berpuasa “( Bukhari no. 2004, Muslim no. 1130, Ibn
Majah no. 1734 )
Al-Mubarakfuri
ketika memberi ulasan terhadap hadis ini beliau mengatakan bahawa berpuasa pada hari Asyura mempunyai tiga
peringkat :
Peringkat
paling rendah ketika seseorang berpuasa hanya pada 10 Muharram. Peringkat kedua apabila berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Manakala peringkat ketiga ialah berpuasa pada 9, 10, dan 11
Muharram. ( Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/384 )
Anjuran
berpuasa pada 9 dan 10 Muharram ini berdasarkan hadis riwayat Muslim :
لئن
بقيت الي قابل لأصومن التاسع
“
Sekiranya ada hayatku pada tahun hadapan aku akan berpuasa pada 9 Muharram“
( Muslim no.1134)
( Muslim no.1134)
Wahbah al-Zuhaili juga berpendapat menghimpunkan puasa 9 dan 10 Muharam adalah sunat berdasarkan hadis di atas. ( Wahbah al-Zuhaili, al-Feqh al-Islamiyyah wa Adilatuhu, 590/2 )
Oleh itu amalan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram menjadi sunnah berdasarkan hadis khusus terhadap
amalan ini. Sementara berpuasa pada 11 Muharram adalah berdasarkan hadis umum
tentang galakan memperbanyakkan berpuasa sunat secara mutlak pada bulan Muharram.
Umat Islam dianjurkan supaya berpuasa sekurang-kurangnya pada 10 Muharram kerana kelebihannya dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu seperti yang direkodkan pada riwayat yang lain.
Memperbanyakkan puasa sunat pada bulan ini adalah digalakkan kerana ia termasuk dalam Bulan-Bulan Haram yang mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Memperbanyakkan puasa sunat pada bulan ini adalah digalakkan kerana ia termasuk dalam Bulan-Bulan Haram yang mempunyai kelebihan yang tersendiri.