Pukulan terhadap anak yang tidak mengerjakan solat adalah adalah
perkara yang disyariatkan dalam ajaran Islam. Perkara ini seperti yang
diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud
dengan no. hadith 494 dan Sunan al-Tirmizi dengan no. hadith 407.
Hadith
dalam riwayat Sunan Abu Daud seperti berikut ,
مُرُوا
الصَّبِىَّ بِالصَّلاَةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ
سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا
Maksudnya
:
“Perintahkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat
ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( sekiranya tidak
mengerjakan solat ) ketika mereka berumur sepuluh tahun” ( Abi Daud, Sunan Abi Daud, Izzat Ubaid,no. h.
494, hlm. 238, j. 1 )
Hadith ini terdapat dalam Sunan Abu Daud, bab
al-Solat, no. hadith 494. Al-Albani seorang pengkaji hadith telah menilai hadith ini sebagai hadith hasan
sahih.
Izzat Ubaid
seorang sarjana hadith menegaskan dalam hadith di atas menunjukkan kerasnya
hukuman terhadap anak yang meninggalkan solat selepas baligh dengan sengaja.
( Abi Daud, Sunan Abi Daud, Izzat Ubaid,no. h. 494, hlm. 238, j. 1 )
Pukulan yang dimaksudkan adalah pukulan untuk mendidik tanpa mencederakan anak.
Kata
al-Syafei dalam kitab al-Mukhtasar diwajibkan kepada ibubapa
mengajar adab kepada anak-anak meraka
dan mengajarkan mereka tentang al-thaharah ( bersuci dalam Islam ) dan
mengajarkan solat apabila mereka sudah berakal. Sekiranya mereka enggan maka
pukullah mereka. Wajib juga mengajar kewajipan agama yang lain termasuklah
perkara halal dan haram. ( Sunan Abi Daud, hlm. 238, j. 1 )
Khilaf ulama
tentang hukum meninggalkan solat
Malik dan
al-Syafei berpendapat orang yang meninggalkan solat hendaklah dihukum bunuh.
Makhul berpendapat orang yang meninggalkan solat hendaklah diminta bertaubat
sekiranya enggan maka hendaklah dibunuh. Kata Abu Hanifah tidak dibunuh tetapi
dipukul dan dipenjarakan. Sementara Ahmad b. Hanbal berpendapat orang yang
meninggalkan solat adalah kafir.
Izzat Ubaid
menegaskan lagi bahawa pukulan mendidik ini adalah wajib kepada wali ( penjaga ) sama ada dia adalah
seorang bapa, datuk, penjaga wasiat atau qadhi ( pegawai agama tempatan ) (
Sunan Abi Daud, hlm. 238, j. 1 )
Dalam surah
Taha Allah berfirman :
وَأْمُرْ
أَهْلَكَ بِالصَّلاةِ
Maksudnya :
“
Perintahkanlah keluargamu dan umatmu mengerjakan solat”( Surah Taha 16 :132 )
Kata
al-Qurtubi Allah Taala memerintahkan Rasulullah s.a.w. supaya menyuruh
keluarganya menunaikan solat serta tekun dan sabar ketika menunaikannya. Kata al-Qurtubi lagi bahawa
perintah ini termasuk dalam perintah umum kepada seluruh umat sementara
perintah kepada ahli keluarga Rasulullah s.a.w. adalah secara khusus. Selepas
turunnya ayat ini Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah Fatimah dan Ali dan berkata”
dirikanlah solat “( Al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, Ahmad al-Barduni, hlm.
263. J.11 )
Istilah pukulan
ghair mubarrih ( pukulan tidak mencederakan )
Terdapat
perbahasan berkaitan pukulan ghair mubarrih dalam tafsiran ulama tafsir.
Kata Ibn Kathir, berkata para fuqaha, pukulan ghair mubarrih bermaksud
pukulan yang tidak mematahkan dan tidak meninggalkan
kesan pada anggota badan. Al-Hasan al-Basri berpendapat pukulan ghair mubarrih bermaksud
pukulan yang tidak meninggalkan bekas.
( Ibn
Kathir, Tafsir Ibn Kathir, Ali Syairi, hlm. 777, j. 2 )
Kata al-Fakhrurazi
berkata al-Syafei, pukulan ghair mubarrih bermaksud pukulan yang tidak
mencederakan, tidak tertumpu pada suatu tempat di bahagian badan, tidak memukul
muka, dan tidak tidak melebihi 40 kali kali. Pukulan dilakukan dengan kain sapu
tangan yang digulung atau dengan tangan dan tidak menggunakan cemeti atau
tongkat. Hendaklah mengutamakan keringanan dalam bab ini. ( Al-Fakhrurazi, Mafatih
al-Ghaib, al-Syeikh Khalil, hlm. 93, j.10 )
Azizul di
Sweden
Dalam kes tindakan
Azizul di Sweden yang memukul seorang daripada anaknya yang tidak menunaikan solat
merupakan tindakan yang tepat seandainya ia adalah bertujuan mendidik dan tidak
mencederakan. Bahkan pukulan seumpama ini adalah wajib seperti yang dinyatakan oleh
al-Syafie dalam kitab al-Mukhtasar. Namun tindakan ini menyebabkan
beliau ditahan reman oleh pihak berkuasa Sweden lebih dari 40 hari. Ternyata
undang-undang ciptaan Allah Taala dan undang-undang ciptaan manusia tidak sama.
Kebenarannya sudah pasti undang-undang ciptaan Allah Taala kerana Allah yang
mencipta manusia dan Maha Mengetahui setiap
keperluan manusia.
Pihak
berkuasa Sweden menganggap kes ini sebagai kes penderaan terhadap anak sementara
Islam melihat kes ini sebagai kes mendidik anak. Di manakah pendirian umat
Islam sejagat dalam kes ini…. ???
No comments:
Post a Comment