Kassim Ahmad dilaporkan berkata dalam Seminar Pemikiran
Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya.
Kasta Paderi
"Kasta
paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka
muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan
melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam”.
Pendewaan pemimpin
"Mereka
(umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam
kehidupan mereka,"
Rambut wanita bukan
aurat
“Tiga
puluh tahun dahulu, wanita Islam tidak
memakai tudung,
sebaliknya
hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”
.
Mempertikai kewibawaan
nabi Muhammad
"Saya
pernah cakap yang al Quran menjelaskan ia sendiri. Method lama
ialah
menggunakan Hadis untuk menjelaskan al Quran kurang baik kerana bermakna
menganggap Nabi Muhammad itu tahu segala-galanya. Ini ridiculous, beliau hanya
utusan Allah"(Malaysiakini.com 16 feb 2014)
Disiplin
ilmu-ilmu wahyu
Kesimpulan mudah daripada kata-kata di atas dapat difahami bahawa
Kassim Ahmad telah melakukan serangan terhadap kedudukan ulama Islam,
meletakkan pensyariatan batasan aurat
berdasarkan akal, dan mempertikai kewibawaan nabi Muhammad s.a.w. Semua
kata-kata tersebut adalah berdasarkan akal semata-mata tanpa dibuktikan secara
ilmiah. Bahkan kata-kata di atas menyanggahi nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
Sebagai seorang Islam, sebelum melakukan serangan Kassim
sepatutnya memasuki gerbang disiplin ilmu-ilmu wahyu terlebih dahulu seperti
mendalami ilmu Tafsir al-Quran, Ulum al-Quran, Hadis, Ulum al-Hadis, Akidah,
Feqah, Usul Feqh, Tarikh Islam, Sirah Nabawiyyah, Bahasa Arab, ( Nahu &
Saraf ), Balaghah ( Maani, Bayan, Badie ) dan Nuzum Islamiyyah. Ini adalah teras
disiplin ilmu-ilmu wahyu yang wajib Kassim hadami sebelum menyerang membabi
buta syariat Islam dan kewibawaan nabi Muhammad s.a.w. serta para ulama.
Kassim sepatutnya merujuk kepada ulama antarabangsa
sekiranya ulama tempatan di Malaysia masih tidak menepati keinginan akal
fikirannya. Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang keilmuannya diiktiraf. Pergilah
ke mana-mana pertubuhan Islam yang berautoriti di seluruh dunia Islam.
Kassim sebenarnya tidak layak mendaftar sebagai ahli
namun menyerang dari luar gelanggang. Perbuatan ini adalah tidak beradab.
Rempuhan terhadap sesuatu disiplin ilmu adalah tidak bermoral.
Hakikatnya, Islam membenarkan umatnya mengkritik dan memberi idea-idea baru. Namun kritikan dan
idea-idea baru mestilah dalam kerangka ilmiah ( keilmuan ) . Dalam disiplin ilmu-ilmu
Islam seperti ilmu Ulum al-Hadis terdapat perbahasan tentang kritikan. Contohnya bab
Al-Jarh wa al-Takdil ( Kritikan terhadap perawi hadis ) dan bab tentang Naqd
al-Hadis ( Kritikan terhadap matan dan sanad hadis ) Dibenarkan mengkritik dan
menyatakan idea-idea baru berdasarkan disiplin ilmu ini.
Setelah Kassim memasuki disiplin ilmu-ilmu wahyu dan
telah membuat rujukan kepada ulama antarabangsa dan tempatan dibenarkan dia menyerang
seperti ini sambil berkata :
“Akukah yang benar atau orang-orang itu yang benar” ???.
Adakah aku benar-benar telah mengenali Muhammad bin Abdullah sebagai Rasulullah
??? Murtadkah aku dengan pemikiran yang sebegini ???. Ramaikah orang yang akan menziarahiku
pada hari kematianku ???. Aku akan dikenang sebagai apa terhadap umat ini ???.
Kesimpulan
Kassim Ahmad tidak layak membuat doktrin-doktrin baru
terhadap agama ini kerana berada di luar
bidang kepakarannya. Perbuatan ini akan membenarkan pepatah Melayu yang
berbunyi “ Seperti tikus membaiki labu”. Insaf dan bertaubatlah sebelum
terlambat.