Masih berada dalam bulan syawal yang mulia.
Suatu anugerah Allah di atas kesabaran menjalani ibadat selama sebulan. 1
Syawal yang disambut adalah hari kasih sayang dan keampunan Allah kepada semua
hamba yang beriman serta menjadi pengubat di atas pemergian Ramadhan yang
mulia.
Segala ibadat-ibadat yang dilakukan
tidaklah terhenti dengan pemergian Ramadhan tetapi hendaklah diteruskan pada
bulan-bulan yang lain selepas Ramadhan.
Ibadat yang paling diutamakan pada bulan
ini adalah berpuasa sunat sebanyak enam hari. Pahalanya menyamai setahun
berpuasa.
Rasulullah bersabda :
من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر
Rasulullah
SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya
dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa
setahun.( Muslim no.
1164 )
Huraian Hadis:
1. Islam
menganjurkan umatnya supaya sentiasa melakukan amalan kebaikan walau dengan
kadar yang sedikit. ( istiqamah )
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini boleh difahami dengan kiraan berikut :
- 1
kebaikan digandakan 10 gandaan. ( mafhum hadis yang lain )
- 30
Ramadhan x 10 gandaan = 300 kebaikan.
- 6
Syawal x 10 gandaan = 60 kebaikan.
- 30 + 6
hari = 36 hari berpuasa x 10 = 360 kebaikan.
- 1
tahun = 12 bulan x 30 hari = 360 hari.
3. Disunatkan
berpuasa Syawal bila-bila masa sepanjang Syawal. Diharuskan juga berpuasa berselang
seli seperti puasa nabi Daud a.s.
Dengan Syawal
yang masih berbaki 8 atau 9 hari lagi maka peluang masih terbuka kepada
orang-orang yang ingin mendapat pahala setahun berpuasa. Rebutlah yang berbaki ini…
No comments:
Post a Comment