Pada tarikh 11 Mac 2015 diriku yang dhaif ini bersama-sama
ahli keluarga direzekikan oleh Allah SWT menziarahi
tempat yang dimuliakan iaitu Makkah dan Madinah yang di kenali dengan tanah “al-Haramaini al-Syarifaini” (dua tanah
haram yang mulia). Kembara ibadah umrah ini yang menjadi kewajipan
sekali seumur hidup kepada semua umat Islam yang berkemampuan.
Kunjungan kali ini merupakan kunjungan kali kedua bagiku selepas
lebih dari satu dekad. Kunjungan pertama dahulu adalah ketika masih bergelar mahasiswa tahun akhir di Mesir. Pada
ketika itu aku dengan rombongan pelajar Mesir menaiki kapal laut di pelabuhan Suez dan berlabuh di pelabuhan
Jeddah. Perjalanan yang memakan masa empat puluh lapan jam yang penuh nostalgia. Namun kedatangan
kali ini lebih bermakna kerana keberadaan isteri dan anak-anak bersama.
Ketika aku tiba di airport Jeddah kelihatan perangai orang Arab tidak banyak berubah sejak dahulu. Setelah lama kami beratur panjang untuk urusan mengecop pasport seorang ahli rombongan dihalau
keluar dari barisan dan disuruh berada di barisan lain tanpa difahami apa sebabnya. Perkara yang sama berlaku kepada diriku apabila tiba giliranku aku dihalau keluar dari barisan. Pegawai imegresen bertugas menyuruhku beratur di
barisan lain pula. Aku lantas bertanya“fi muskilah ih..kulluna Malizia” (apa masalah di
sini… kami semua orang Malaysia) beliau menepuk-nepuk komputer di hadapannya
dan mengatakan ada masalah. Satu pembohongan yang mengjengkelkan kami dan menggelikan
hati. Di dalam hati aku berkata "bukan kami tidak tahu perangai anda yang berlagak dan tidak serius
bekerja"
Rupa-rupanya pegawai imegresen berkenaan maukan kaunternya hanya didatangi
golongan wanita dan golongan tua sahaja. Persoalannya mengapa tidak diberitahu
awal-awal atau diletakkan notis terlebih dahulu? Pada barisan yang baru ini pegawai imegresen kelihatan lebih rajin. Semua orang diambil gambar dan diminta mengimbas kedua belah tangan ke atas alat pengimbas. Seolah-olah pegawai ini bekerja dengan penuh dedikasi namun tangannya tidak lepas dari berWhatsApp sambil berurusan dengan pelanggan.
Musyrif (ketua kumpulan) us Ramli menenangkan kami supaya bersabar sahaja dengan karenah-karenah orang Arab yang pelik dan tidak konsisten dalam tugasan.
Musyrif (ketua kumpulan) us Ramli menenangkan kami supaya bersabar sahaja dengan karenah-karenah orang Arab yang pelik dan tidak konsisten dalam tugasan.
Dari airport Jeddah perjalanan diteruskan dengan
menaiki bas yang disediakan menuju ke Madinah yang memakan masa lima jam. Semua
ahli kumpulan merasa penat dan tertidur di sepanjang perjalanan. Pemandangan ke luar bas kelihatan gelap hanya lampu-lampu
jalan yang sedikit menerangi kegelapan malam…
tak sabar nak baca entri selanjutnya.. :)
ReplyDelete