Para sarjana Islam mengatakan Rom adalah bangsa Eropah pada hari ini. Mereka terkenal dengan beberapa sifat mulia antaranya seperti yang terdapat dalam riwayat hadis sahih seperti berikut :
إِنَّهُمْ لَأَحْلَمُ النَّاسِ عِنْدَ فِتْنَةٍ وَأَسْرَعُهُمْ
إِفَاقَةً بَعْدَ مُصِيبَةٍ وَأَوْشَكُهُمْ كَرَّةً بَعْدَ فَرَّةٍ وَخَيْرُهُمْ
لِمِسْكِينٍ وَيَتِيمٍ وَضَعِيفٍ وَخَامِسَةٌ حَسَنَةٌ
جَمِيلَةٌ وَأَمْنَعُهُمْ
مِنْ ظُلْمِ الْمُلُوك
Maksudnya : “Mereka paling santun ketika dalam bahaya, paling pantas bangkit selepas bencana, paling cepat menyerang balas musuh, paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah dalam kalangan mereka, tambahan kelima satu ciri yang baik lagi indah; mereka paling mencegah kezaliman raja-raja” (Sahih Muslim no. 2898, Musnad Ahmad, no. 18022 )
Al-Arnaut ketika mensyarahkan hadis ini mengatakan
al-Nawawi tidak membuat membuat sebarang penilaian semula terhadap hadis ini kerana ia
diambil dari jalur pertama riwayat Uliy b. Rabah daripada bapanya, daripada
Mustaurid secara bersambung sanad. (Musnad Ahmad, al-Arnaut, 549/29)
Apa yang penting, teks hadis tidak disyarahkan secara umum
atau secara terperinci oleh al-Nawawi dalam Syarah Muslim dan al-Arnaut dalam
Musnad Ahmad. Kedua-dua tokoh ini hanya membincangkan kedudukan sanad
sahaja dalam perbahasan mereka. Pada zahirnya hadis ini mempunyai makna yang
terang tanpa ada sebarang kemusykilan pada teksnya.
Teks hadis mengemukakan lima sifat mulia bangsa Rom
( Eropah ) yang menyebabkan ianya diberi
perhatian oleh nabi S.A.W. pada era kenabian. Rom yang dimaksudkan pada era
baginda S.A.W adalah Empayar Byzantine yang berpusat di Kota Konstantinople. Antara
sifat mulia yang ada pada mereka seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas iaitu
suatu bangsa yang paling santun ketika
dalam bahaya, paling baik untuk yatim, orang miskin dan lemah, paling lantang
menentang kezaliman para raja. Sifat-sifat ini merupakan jati diri mereka yang
sangat ketara hasil daripada interaksi umat Islam dengan mereka pada masa itu.
Presiden Justin Trudeau
Dalam suasana “Islamophobia” yang sedang melanda
Eropah dan pada masa yang sama telah berlaku krisis kemanusiaan umat Islam di
Syria, masih ada negara-negara Eropah yang bersimpati terhadap pelarian Syria dan menyerlahkan sifat kesantunan kemanusiaan yang tinggi. Contohnya Presiden
Kanada, Justin Trudeau yang sanggup menerima pelarian ini dengan tangan terbuka,
penuh simpati dan prihatin kepada nasib golongan ini.
Nama sebenar beliau ialah Justin Pieree James Trudeau dari
Parti Liberal, yang dilahirkan pada 25 Disember 1971 di Ottawa, Ontario,
Kanada. Dilantik menjadi Presiden Kanada dari pada 4 November 2015 sebagai
Presiden yang ke-23. Beliau merupakan seorang penganut Kristian Khatolik
dan berlatarkan Pengajian Sarjana Pendidikan dari University of British Columbia. (https://id.m.wikipedia.org/wiki/Justin_Trudeau )
Pelarian Syria
Syria adalah negara yang bergolak semenjak Mac tahun 2011 yang tidak dipastikan bilakah akan
berakhir peperangan dan penderitaan rakyat. Seramai 300,000 rakyat Syria telah
terbunuh dan 5 juta orang telah menjadi
pelarian di beberapa negara Arab, Islam dan Eropah.
Keputusan Presiden Justin Trudeau menerima pelarian Syria
ini sangat mengharukan dan ia menjadi bukti bahawa bangsa Rom sangat
mementingkan kesantunan dari sudut keihsanan dan kebajikan serta dapat merentasi sempadan agama dan keturunan. Harapan
baru telah diberikan kepada pelarian
Syria bahawa Kanada adalah tempat
tinggal yang aman bagi mereka. Antara lain Justin Trudeau mengalu-alukan mereka dengan ucapan " Welcome Home! "
Pada dasarnya pelarian Syria tidak mengharapkan layanan
yang istimewa daripada Presiden Justin, ia
sekadar dapat berlindung diri serta keluarga daripada penderitaan perang
yang tidak berkesudahan. Namun tidak dinafikan bahawa bukan semua negara Eropah
yang menunjukkan sifat kesantunan ini. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
merupakan presiden yang meninggalkan sifat kesantunan ini secara jelas.
Raja Al-Najasyi
Kisah awal
kedatangan Islam memperlihatkan bahawa
umat Islam yang tertindas di Kota Mekah telah diizinkan oleh nabi S.A.W. supaya
mencari tempat perlindungan di Habsyah. Pada masa itu Habsyah telah diperintah
oleh seorang Raja yang beragama Nasrani yang adil.
Ibn Hisyam mengatakan apabila Rasul S.A.W. melihat ramai
para sahabat mengalami ancaman dan kesulitan sedangkan Rasul S.A.W. dan para
sahabat tidak mampu mencegah ancaman ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh
Abu Talib maka, Rasul S.A.W. memerintahkan umat Islam supaya berhijrah ke
Habsyah. Rasul S.A.W. menyatakan bahawa di Habsyah ada seorang Raja yang tidak
pernah menzalimi manusia lain. ( Ibn Ishaq, Al-Sirah Al-Nabawiyah, hlm.214/1
)
Ketika kaum Quraisy mendapati ramai umat Islam telah berhijrah
ke Habsyah maka mereka mengutuskan Abdullah b. Abu Rabiah dan Amru b. al-Ass
untuk meminta raja al-Najasyi menyerahkan umat Islam yang berhijrah ke Habsyah.
Al-Najasyi enggan menyerahkan mereka sehingga beliau dapat mendengar sendiri tentang
agama baru yang diwar-warkan tersebut.
Al-Najasyi bertanya “Apakah agama yang membezakan kamu
dengan kaum kamu sehingga kamu tidak memeluk agama kami dan agama-agama lain” ?
Jaafar
b. Abu Talib menjawab :” Wahai
raja, kami dahulu adalah orang-orang jahiliyah. Kami menyembah berhala, memakan
bangkai, melaksanakan perbuatan keji, memutus silaturrahim, berbuat jahat
kepada tetangga, yang kuat menekan yang lemah dan kami tetap berada dalam
keadaan demikian, sehingga Allah mengutus kepada kami seorang rasul yang kami
mengetahui nasabnya, kejujurannya, keamanahannya dan sangat memelihara diri.
Dia mengajak kami agar beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan
patung-patung yang disembah oleh nenek moyang kami. Dia juga memerintahkan
kepada kami agar jujur dalam berkata, menunaikan amanah, menyambung
silaturrahim, meninggalkan perbuatan keji, memelihara darah, dan melarang kami
dari berkata dusta, memakan harta anak yatim, menuduh wanita yang solehah
dengan perbuatan zina serta memerintahkan kami agar mendirikan solat,
menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan. Maka kami membenarkannya,
beriman kepadanya, dan mengikuti apa yang dibawanya dari sisi Allah. Kami
menghalalkan apa yang dihalalkannya dan mengharamkan apa yang diharamkannya.
Wahai raja, ketika kaum kami mengetahui tentang apa yang kami lakukan, mereka
memusuhi kami, menyiksa kami dengan siksaan yang berat dan berusaha
mengembalikan kami kepada agama nenek moyang, dan agar kami kembali menyembah
berhala. Maka tatkala mereka terus menekan kami, memaksa kami, akhirnya kami
memilih engkau daripada yang lainnya dan kami sangat berharap engkau berbuat baik
kepada kami dan tidak menzalimi kami.”
Al-Najasyi kembali bertanya kepada Jaafar :
“Apakah engkau memiliki apa yang dibawa
oleh nabimu daripada Allah?” Jaafar menjawab, “Ya.” Maka Raja al-Najasyi
memerintahkan, “Bacakanlah untukku!” Jaafar pun membaca awal ayat-ayat surah Maryam.
Ketika mendengar ayat tersebut, menangislah
al-Najasyi, sehingga air matanya membasahi janggutnya. Para
menterinya turut menangis, sehingga membasahi buku-buku mereka. sehinggalah Al-Najasyi berkata :
“Sesungguhnya,
apa yang dibawa oleh Nabi kamu dengan apa yang dibawa oleh Isa merupakan dari satu
sumber yang sama.” Kemudian al-Najasyi menoleh kepada Amru bin al-Ass dan berkata, “Pergilah kamu!
Demi Allah, aku tidak akan serahkan mereka kepada kamu!”(Al-Buthi, Feqah Sirah al-Nabawiyah, hlm. 91-92 )
Hakikat sejarah membuktikan bahawa
al-Najasyi pada akhir hayatnya meninggal dunia sebagai seorang muslim
yang mengakui kerasulan Isa A.S. dan kerasulan Muhammad S.AW.
Kesimpulannya, umat Islam seluruhnya amat menghargai jasa Presiden Justin Trudeau disebabkan kesantunannya terhadap umat Islam pada ketika ini serta mengharapkan kebaikan pada pemerintahannya. Sesungguhnya sejarah pasang surut antara Islam dengan Rom sedang tercatat sehingga akan terjadinya beberapa siri pertembungan terbesar dengan Rom. Namun pada akhirnya majoriti Rom akan menerima Isa b. Maryam sebagai nabi utusan.
No comments:
Post a Comment