Saban hari kita dikhabarkan dengan
peristiwa-peristiwa yang berlaku di Palestin sebagai sebuah negara Arab yang
terjajah oleh bangsa Yahudi semenjak tahun 1948. Episod yang berterusan
ini berkisar tentang idealogi dakwaan
hak suatu bangsa terpilih berdasarkan kitab Talmud yang diselewengkan dengan
suatu bangsa pribumi yang mendapat bukti kelangsungan kehidupan yang diberkati
dalam kitab al-Quran. Natijahnya konflik ini memakan banyak korban dan
kemusnahan infrastruktur-infrastruktur negara terbabit
Dalam konteks ini penulis hanya memfokuskan perbincangan
tentang pengakhiran yang akan berlaku terhadap konflik ini berdasarkan nas-nas
Islam secara langsung. Fakta benar dan berautoriti adalah suatu yang tidak
boleh dipatahkan dengan sifat keegoan manusia. Dalam surah al-Baqarah dan selainnya Allah s.w.t mencabar manusia supaya mendatangkan bukti jika mereka
berada pada pihak yang benar.
Hakikatnya Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis adalah kiblat pertama umat Islam sebelum datangnya perintah Allah s.w.t supaya kiblat dialihkan ke Masjidilharam di Mekah. Firman Allah s.w.t :
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي
السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
“Kerap kali
kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang mengenadah ke langit, maka
Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu
palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram dan di mana sahaja kamu berada
hadaplah muka kamu ke
arahnya” (Al-Baqarah : 144)
arahnya” (Al-Baqarah : 144)
Al-Tabari berkata, Abu Ishak berkata Rasulullah s.a.w. bersolat mengadap Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan sedangkan beliau suka jika Masjidil Haram dijadikan kiblat yang baru maka Allah s.w.t menurunkan ayat ini. (Tafsir al-Tabari)
Dalam hadis sahih yang masyhur menyatakan galakan
bermusafir ke tiga-tiga masjid utama dalam Islam iaitu Masjidil Haram, Masjid
Nabawi dan Masjidil Aqsa kerana ganjaran pahala berganda yang tidak terdapat
pada mana-mana masjid lain.
Meneliti
hadis Rasulullah s.a.w terdapat hadis khusus berkaitan pemakmuran
Baitulmaqdis. Sabdanya Rasulullah s.a.w :
عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ
الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ
الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ ». ثُمَّ ضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى فَخِذِ
الَّذِى حَدَّثَ - أَوْ مَنْكِبِهِ - ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذَا لَحَقٌّ كَمَا
أَنَّكَ هَا هُنَا أَوْ كَمَا أَنَّكَ قَاعِدٌ. يَعْنِى مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ.
“Pemakmuran
Baitul Maqdis akan diiringi runtuhnya Yathrib (Madinah). Runtuhnya Yathrib
akan diiringi oleh Al- Malhamah (perang akhir zaman), dan Al Malhamah diiringi
dengan penaklukan Konstantinopel, dan penaklukan Konstantinopel akan diiringi
dengan keluarnya Dajal", Kemudian beliau menepuk-nepuk paha orang yang
beliau ceritakan tentang hadis tersebut, atau dalam riwayat lain, 'bahunya'.
Kemudian bersabda: "Semua ini adalah sesuatu yang benar, sebagaimana
engkau -
Mu'adz bin Jabal- sekarang berada di sini adalah sesuatu yang benar."
(Al-Albani, Sunan Abu Daud no. 4296
bab fi imarat wa al-malahim hlm. 183 jld. 4 Dar Kitab al-Arabi : Beirut, Al-Arnaut, Musnad Ahmad no. 22023, bab hadis muaz b. Jabal, hlm. 352 jld.36 Muasasah al-Risalah
Beirut)
Mu'adz bin Jabal- sekarang berada di sini adalah sesuatu yang benar."
(Al-Albani, Sunan Abu Daud no. 4296
bab fi imarat wa al-malahim hlm. 183 jld. 4 Dar Kitab al-Arabi : Beirut, Al-Arnaut, Musnad Ahmad no. 22023, bab hadis muaz b. Jabal, hlm. 352 jld.36 Muasasah al-Risalah
Beirut)
Status Hadis
Al-Albani ketika mesyarahkan Sunan Abu Daud
mengatakan status hadis ini adalah sahih pada sanad dan matannya manakala,
Al-Arnaut ketika mensyarahkan Musnad Ahmad mengatakan hadis ini sahih kerana
terdapat banyaknya sokongan sanad
dan matan pada peringkat jalur hadis yang pelbagai.
Para pengkaji hadis mengatakan maksud
pemakmuran Baitul Maqdis ialah dengan banyaknya pembangunan frasarana, ramainya
penduduk dan banyaknya harta dan wang. Hal ini akan terjadi apabila munculnya
khalifah pada akhir zaman. Maksud runtuhnya Madinah pula disebabkan ramai umat
Islam akan berbondong-bondong datang untuk menetap di Baitul Maqdis kerana ia berada di bawah kekekuasaan khalifah Islam
semula. Madinah kurang dikunjungi oleh umat Islam.
Oleh itu, masa depan Baitulmaqdis yang gemilang
kelak akan berada di tangan umat Islam. Segala konflik Arab Palestin-Yahudi seperti
pembinaan tembok, rampasan tanah, pengusiran, pembunuhan terancang, dan
selainnya adalah plot-plot yang mempunyai hikmah-hikmahnya bagi umat Arab dan dunia Islam keseluruhannya. Dari sudut positifnya ia sebagai latihan bagi seluruh umat Islam supaya
saling bekerjasama, tekun bekerja, berjuang dan sanggup berkorban bagi mencapai kemenangan
duniawi atau sebagai mendapat ganjaran syahid ukhrawi.
Mungkin tdk seperti itu ya akhi..
ReplyDeleteMungkin maksudnya Baitul Maqdis akan dirobohkan dan dibangun kembali dgn bangunan baru yaitu KUIL SOLOMO..
Dan ini pasti akan memicu perang besar yg salah satu akibatnya adalah RUNTUHNYA MADINAH..