أن رسول الله صلى الله عليه وسلم – قال : تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما: كتاب الله وسنة نبيه


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat (selama-lamanya) selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya:Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

(Malik b. Anas, Al-Muwatta, hadis no. 2618 )





Monday, December 28, 2015

Bangsa Rom Dalam Al-Quran Dan Hadis

Rom adalah satu bangsa yang kewujudannya dijelaskan dalam al-Quran dan hadis. Sejarah membuktikan sebelum kelahiran nabi Muhamad s.a.w. Rom dan Parsi telah mendominasi tamadun manusia pada ketika itu. Ketika Rom dikalahkan oleh Parsi umat Islam berdukacita. Namun selepas Rom mengalahkan Parsi beberapa tahun selepas itu umat Islam bergembira.


Image result for roman people


Al-Quran telah mengabadikan peristiwa ini dalam surah al-Rum (  الروم ). Ia menjadi isyarat bahawa Rom adalah suatu bangsa yang perlu diberi perhatian dari sudut kekuatan dan beberapa kelebihan yang ada pada mereka. Allah berfirman :

الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4)

بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)

Maksudnya : “ Alif  Laam Miim  (1) Telah dikalahkan bangsa Rum  ( 2 ) Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah kekalahan itu akan menang ( 3 ) Dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah urusan sebelum dan sesudah ( mereka menang ) Dan hari tu bergembiralah  orang-orang yang beriman ( 4 ) Kerana pertolongan Allah . Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang ( 5 ) ( Surah al-Rum : 1-5 )

Umat Islam Bergembira Dengan Kemenangan Rom

Al-Qurtubi berkata umat Islam turut bergembira dengan Rom mengalahkan Parsi kerana Rom merupakan Ahli Kitab. Sementara itu Quraisy Mekah berdukacita dengan kekalahan Parsi kerana Quraisy dan Parsi bukan Ahli Kitab yang tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat. ( al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, hlm. 197/9 )

Ini bermakna umat Islam saling berkongsi kegembiraan di atas kemenangan ini kerana Rom beragama Nasrani yang diturunkan kitab Injil  dan umat Islam mempunyai kitab al-Quran. Akidah Rom lebih mendekati akidah umat Islam kerana masing-masing mempunyai Kitab yang diturunkan. Parsi pula beragama Majusi yang menyembah api dan Quraisy sembahan mereka adalah patung berhala. Kedua-dua akidah ini sangat jauh daripada petunjuk Allah  s.w.t seperti  yang diturunkan kepada nabi Isa a.s dan nabi Muhammad s.a.w.

Siapakah Rom ?

Ibn Kathir berkata Rom berasal daripada keturunan al-´Iss bin Ishaq bin Ibrahim. Mereka juga dikenali Bani  al-Asfar dan mereka beragama seperti bangsa Yunan. Yunan pula berasal daripada keturunan Yafis bin Nuh. Mereka menyembah bintang yang tujuh. Rom ini beragama Yunan selama 300 tahun sehingalah kebangkitan nabi Isa a.s. ( Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, hlm. 306/6, Dar al-Toyyibah )

Hal ini turut ditegaskan oleh Syeikh Muhammad Hassan bahawa Rom pada masa kini adalah keturunan Bani Asfar iaitu Amerika dan Eropah. ( Durus li al-Syeikh Muhammad Hassan, Muhammad bin Ibrahim).Manakala Dr. Maza berpendapat Rom adalah bangsa Eropah. (http://drmaza.com/home/?p=1954)

Empat Ciri Yang Baik Bangsa Rom

Dr. Maza dalam artikelnya menerangkan beberapa kelebihan bangsa Rom berdasarkan maksud hadis riwayat Muslim.

“Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” 

Maksudnya, sehingga berlaku Kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa Roman adalah bangsa Eropah hari ini. 

Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid “:

 “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”. (http://drmaza.com/home/?p=1954)


 Image result for nato army

Dalam hadis sahih riwayat Abu Daud dan lain-lain menerangkan umat Islam kelak akan bergabung dengan Rom untuk menewaskan musuh bersama. Namun hadis-hadis ini tidak menerangkan siapakah musuh umat Islam dan Rom ini. Pengakhiran gabungan ini Rom dan umat Islam akan menang dan akan mendapat harta rampasan perang. 

Seterusnya pada hadis sahih yang lain menerangkan Rom akan melakukan pengkhianatan dan akan bangkit menentang umat Islam maka akan terjadinya al-Malhamah al-Kubra ( Perang terbesar dengan kehadiran 960.000 tentera Rom). Akhirnya umat Islam akan memenangi peperangan ini.







8 comments:

  1. Telah dinyatakan dlm quran .akhir zmn nnt akan ada byk fitnah dan fitnah yg paling besar ialah fitnah dajal.kpd yg mencari info berkenaan agama dan sejarah islam ,bacalah dr byk sumber dan bukan 2@3sumber shj.krana zmn skrg byk liberal dan ahli djl buat info menyesatkan.baca dan bandingkan dgn ceramah ulama .

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.bykkn cari sumber .bt kajian dgn ceramah ust bkenaan akhir zmn. zmn skg ni org baca kahfi pcy dajal mata 1,tp bila gtau psl simbol dh dituduh konspirasi.smpi kiamat x knl musuh

      Delete
  2. Tahun ni 2020 di Itali (negara yang ada bangsa Rom) sedang berperang dengan virus Covid19. Adakah hadis ni akan menjadi kenyataan?

    ReplyDelete
  3. Jika di US paling tinggi wabak covid 19, tetapi sebaliknya terjadi 'Api Perang' pada China, Taiwan pula adalah sekutu kuat Amerika. Dua negara besar di Dunia Asia & Barat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Rom yg diseburkan adalah Rusia, skrang. Mereka masih amalkan nilai2 dlm kitab injil. Manakala barat akidahmereka telah rosak dan menindas umat Islam

    ReplyDelete