Keimanan kepada hari kiamat adalah salah satu dari teras akidah Islam. Antara
tanda semakin hampirnya hari kiamat adalah berlakunya pakatan damai antara Rom
dan Islam seperti yang terdapat dalam
hadis berikut.
سَتُصَالِحُونَ
الرُّومَ صُلْحًا آمِنًا فَتَغْزُونَ أَنْتُمْ وَهُمْ عَدُوًّا مِنْ وَرَائِكُمْ
فَتُنْصَرُونَ وَتَغْنَمُونَ وَتَسْلَمُونَ
“Kamu akan mengadakan satu perjanjian
perdamaian dengan bangsa Rom. Lalu kamu akan bekerjasama dengan mereka melawan
satu musuh yang datang dari belakang kamu. Maka kamu akan diberi kemenangan dan
selamat” (Abu Daud 4271)
هُدْنَةٌ
تَكُونُ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ بَنِي الْأَصْفَرِ فَيَغْدِرُونَ فَيَأْتُونَكُمْ
تَحْتَ ثَمَانِينَ غَايَةً تَحْتَ كُلِّ غَايَةٍ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا
" Perjanjian damai akan berlaku antara kamu dengan
Bani Asfar (bangsa kulit kuning) lalu
mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi
kamu di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula
terdiri dari dua belas ribu (12,000) tentera."
(Bukhari 3176)
Muhammad
al-Azim Abadi mengatakan hadis ini jelas ditujukan kepada kaum Muslimin
tentang perjanjian perdamaian dengan
kaum Rom maka dengan itu kaum Muslimin akan bergabung dengan kaum Rom untuk menentang
musuh yang sama daripada belakang. (Al-Azim Abadi, Aun al-Ma’bud, 398/11 )
Peranan Amerika dan Arab Saudi
Peranan Amerika dan Arab Saudi
Syeikh
Muhammad Hassan berkata :
“Kita
telah melihat sekarang peringkat perdamaian yang aman antara Amerika, Eropah dengan
umat Islam tanpa pengecualian. Umat Islam akan bergabung dengan Amerika dan
Eropah untuk menentang musuh bersama tetapi tidak diketahui adakah ia adalah
blok timur seperti Russia, China , Jepun ? atau Syiah ? Hanya Allah mengetahui
apa yang dimaksudkan oleh rasulnya . Namun
Ahli Kitab sangat yakin dengan peperangan bersama ini yang mereka namakan peperangan
Armageddon” (Muhammad bin Ibrahim, Durus li syeikh Muhammad Hassan)
Sumber
dari al-Arabiya melaporkan tiada seorang calon presiden Amerika yang bertanding tahun 2016 yang mahu mengulangi sejarah yang dicipta oleh presiden George W, Bush di Timur
Tengah iaitu menyerang Iraq sebanyak 2 kali.
Pada
masa yang sama Utusan Malaysia pada 15/12/2015 melaporkan Arab Saudi telah mengumumkan pembentukan pasukan tentera
perikatan terdiri daripada 34 buah negara Islam termasuk Malaysia untuk
memerangi keganasan.
Penulis
berpendapat riak-riak awal hubungan baik Rom dengan Islam semakin terserlah.
Dasar luar Amerika dan Eropah yang yang agak lunak dengan negara-negara Islam dan
tertubuhnya pakatan tentera negara Islam adalah satu dimensi baru pada abad ini. Berkemungkinan akan ada serangan NATO ke atas negara-negara umat Islam sebelum berlaku tempoh pakatan yang sebenar seperti maksud hadis, Namun ia hanya bersifat tempatan yang tidak menyeluruh.Yang
pastinya perdamaian antara Rom dengan Islam akan membawa kepada pakatan menentang musuh yang
sama pada suatu masa nanti sehingga kemenangan akan berpihak kepada mereka.
Musuh
di belakang kamu
Seperti
yang dinyatakan di atas para ulama Islam tidak dapat menentukan dengan tepat siapakah
musuh di belakang kamu “ عَدُوًّا
مِنْ وَرَائِكُمْ “
kerana hadis nabi s.a.w. hanya datang secara umum . Jika dilihat dari realiti
politik semasa Arab Saudi yang mewakili ketua negara Islam sangat berkonflik dengan Iran dalam banyak peristiwa. Terkini pada 4/1/2016 Berita Harian
melaporkan bahawa Arab Saudi telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran akibat berlaku serangan di kedutaan Arab Saudi di Tehran. Adakah Iran yang
dimaksudkan dengan musuh dari belakang ?
Realiti politik semasa juga memperlihatkan hubungan yang tegang antara Turki
dengan Russia disebabkan jet pejuang Russia yang telah ditembak jatuh pada 24/11/2015. Turki
mendakwa jet pejuang Russia menceroboh ruang udaranya. Apa yang berkaitan
adalah Turki merupakan anggota NATO. Russia pula dilihat mula mencampuri urusan dalaman Syria sedangkan Amerika dan Russia merupakan dua kuasa besar yang banyak bertelagah dalam pelbagai isu antarabangsa. Adakah Russia yang dimaksudkan dengan musuh dari
belakang?
Sebagai
umat yang diberikan kitab al-Quran dan hadis yang menjadi rujukan hidup maka umat
Islam perlu prihatin dan peka dengan petunjuk-petunjuk yang datang melalui nas-nas dan realiti politik semasa. Biarpun musuh yang
digambarkan tidak jelas kelihatan namun ia adalah hakikat yang nyata pada penghujungnya.
Dalam rentetan hadis-hadis al-Malhamah al-Kubra ( Peperangan Besar ) maka perdamaian dan pergabungan yang aman dengan Rom adalah menjadi pendirian umat Islam pada peringkat permulaannya. Namun akhirnya perdamaian akan terlerai dan Rom akan datang memerangi umat Islam maka terjadinya al-Malhamah al-Kubra sehinggalah Rom akan dikalahkan untuk selama-lamanya.
Dalam rentetan hadis-hadis al-Malhamah al-Kubra ( Peperangan Besar ) maka perdamaian dan pergabungan yang aman dengan Rom adalah menjadi pendirian umat Islam pada peringkat permulaannya. Namun akhirnya perdamaian akan terlerai dan Rom akan datang memerangi umat Islam maka terjadinya al-Malhamah al-Kubra sehinggalah Rom akan dikalahkan untuk selama-lamanya.
Terbaik tulisan tuan Guru... Hrp ada kesinmbungan isu ini dri masa ke semasa.. isu ini madapat perhatian seluruh dunia masa kini.. tulisan tuan guru selaras dgn perkembngn situsi dunia semasa.. tahniah tg..
ReplyDeletetk..belum tg.ana pengkaji hadis sahaja...
ReplyDeleteBangsa Rom yg dimaksudkan adalah lebih tepat dikatakan Russia. Ini kerana agama krestian yg diamalkan di Russia adalah krestian orthodok iaitu sama dengan krestian kerajaan Rom Byzentaine. Krestian yg dianuti oleh Amerika dan negara barat yg lain adalah tidak sama dengan krestian Rom.
ReplyDelete