Peristiwa rampasan kuasa oleh tentera di Turki menjadi perhatian
dan mengejutkan masyarakat dunia. Sebelum ini Turki menjadi perhatian dunia kerana ketegangannya dengan
Russia akibat jet pejuang Russia yang ditembak jatuh oleh Turki. Beberapa tahun
sebelum ini Turki juga menjadi perhatian dunia kerana kapal bantuan kemanusiaan
Turki Mavi Marmara ke Palestin telah diserang oleh pasukan tentera Israel.
Menurut
laporan akhbar di Turki dan di Timur Tengah ketegangan kali ini akibat percubaan
rampasan kuasa oleh tentera yang diketuai
oleh Kolonel Muharam Kusa sebagai penasihat undang-undang tentera dan dibantu
oleh pimpinan tentera laut dan darat. Namun percubaan rampasan kuasa terhadap
presiden Recep Tayyip Erdogan ini telah gagal kerana tidak mendapat sokongan
majoriti pegawai tentera yang lain.
Faktor lain
kegagalan rampasan ini disebabkan
Presiden Erdogan telah mendapat sokongan padu rakyat Turki. Hal ini dapat
dibuktikan dengan kebanjiran rakyat Turki ke jalan-jalan raya dari bandaraya
Ankara Ke utara dan dari bandaraya Istanbul ke tenggara negara tanpa mengira usia dan keselamatan diri
sendiri untuk menyekat kemaraan tentera pemberontak.
Rakyat sebenarnya ingin mempertahankan demokrasi yang baru bertapak di negara ini. Pasukan Polis Khas Turki dengan bantuan rakyat Turki telah berjaya mengekang dan menangkap tentera-tentera dan pegawai-pegawai yang terlibat.
Rakyat sebenarnya ingin mempertahankan demokrasi yang baru bertapak di negara ini. Pasukan Polis Khas Turki dengan bantuan rakyat Turki telah berjaya mengekang dan menangkap tentera-tentera dan pegawai-pegawai yang terlibat.
Akhbar al-Jazeera
dan elshaab melaporkan seramai 90 orang terbunuh, 1154 orang cedera dan lebih 6000
askar ditangkap dalam peristiwa rampasan ini.
Kota
Konstantinople
Meninjau nas-nas
Islam terdapat perkhabaran tentang pembukaan Turki yang yang dikenali dengan Konstantinople
juga merupakan nama lama bagi Istanbul ( Al-Mukjam Asasi h.
87 ). Pada zaman Rasulullah s.a.w. kota ini berada di bawah kekuasaan
Bizantium atau Empayar Rom Timur.
Antara hadis
Rasulullah s.a.w iaitu :
إِذْ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ
صلى الله عليه وسلم: أَىُّ الْمَدِينَتَيْنِ تُفْتَحُ أَوَّلاً قُسْطَنْطِينِيَّةُ
أَوْ رُومِيَّةُ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: مَدِينَةُ هِرَقْلَ
تُفْتَحُ أَوَّلاً يَعْنِى قُسْطَنْطِينِيَّةَ
“ Ketika
Rasulullah s.a.w. ditanya kota manakah yang pertama kali akan dibuka kota
Konstantinople atau kota Rom ? Rasulullah s.a.w bersabda : Kota Hercules yang
akan pertama kali dibuka iaitu Konstantinople “ ( Musnad Ahmad, no. 6645, Sunan
al-Baihaqi, no. 19811 )
Keterangan
Hadis
Hadis ini dihukum
sahih pada sanad oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Dhahabi ( Musnad
Ahmad, al-Arnaut, 225/11)
Rom pula adalah
keturunan yang dinisbahkan kepada Rom b. al-Iss b.Ishaq b. Ibrahim. Kerajaan Rom zaman silam adalah kerajaan yang
melangkaui Syam,Turki dan sebahagian dari Kesatuan Soviet. Antakia yang berada
di bawah penguasaan mereka telah berjaya dibuka oleh orang Islam semasa era
pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Majoriti kaum Rom beragama Nasrani ( Ibn
Taimiyyah, al-Fatawa al-Hamwiyah al-Kubra, Hamad b. Abd. al-Mihsan, h. 222 )
Rasulullah
s.a.w. pada peringkat awal pemerintahan di Madinah al-Munawarrah pernah
mengutuskan surat kepada Maharaja Rom. Kisah surat ini diceritakan oleh Abu
Sufian bin al-Harb semasa beliau berada di Syam untuk urusan perniagaan. Ketika
itu beliau belum memeluk Islam.
مِنْ مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ
وَرَسُولِهِ إِلَى هِرَقْلَ عَظِيمِ الرُّومِ سَلَامٌ عَلَى مَنْ اتَّبَعَ
الْهُدَى أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّي أَدْعُوكَ بِدِعَايَةِ الْإِسْلَامِ أَسْلِمْ
تَسْلَمْ وَأَسْلِمْ يُؤْتِكَ اللَّهُ أَجْرَكَ مَرَّتَيْنِ
“Daripada
Muhammad hamba Allah dan Rasulnya kepada Hercules Penguasa Rom. Salam
sejahtera kepada sesesiapa yang mengikut petunjuk. Adapun kemudian dari itu, sesungguhnya
aku menyeru kamu kepada agama Islam. Jika kamu memeluk Islam nescaya kamu
selamat. Islamlah kamu Allah akan memberikan kepada kamu dua gandaan pahala” (
Bukhari no. 2941 )
Tentang hal
Hercules beliau telah mengumpulkan pembesar dan kaum Rom serta membuat
perbincangan di suatu tempat tertutup sehingga akhirnya Hercules melihat
penolakan terhadap surat Rasulullah s.a.w berdasarkan riak wajah-wajah mereka. Maka kaum Rom kekal
menolak seruan Islam. ( Al-Tabrani, al-Mukjam Kabir, Hamdi Abd
al-Majid, h. 14/8 )
Melihat
kepada hadis-hadis tentang Rom, majoriti mereka akan memeluk Islam pada
akhirnya. Mereka berperang bagi pihak Islam dan akan memasuki kota Rom tanpa
peperangan hanya dengan laungan tahlil dan takbir.
Sultan Muhammad
al-Fatih
Kebenaran hadis di atas telah terbukti dengan pembukaan
Kota Konstantinople untuk kali pertama pada tahun 1453H/ 857M oleh Sultan Muhammad
al-Fatih. Berdasarkan hadis-hadis pembukaan Kota Konstantinople, Muhammad
al-Barzanji dalam kitabnya al-Isyaah li Asyraat al-Saah berpendapat
Kota
Konstantinople terdiri dari dua bahagian. Kota Konstaninople kecil (Turki)
dan Kota Konstantinople besar (Rom). Kedua-dua kota ini akan dibuka sepenuhnya
oleh umat Islam dan ia menjadi tanda–tanda hampirnya kiamat.
Pembukaan Kota Konstantinople juga terdapat dalam
hadis Al-Mukjam al-Kabir oleh al-Tabrani :
يفتح الله عليهم قسطنطينية و
رومية بالتسبيح و التكبير
“ Allah akan
membuka kepada mereka Kota Konstantinople dan Kota Rom dengan laungan tasbih
dan takbir “ ( Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 107/19 )
Berdasarkan
hadis ini dan selainnya menunjukkan Turki (Konstantinople kecil) dan Rom
di Itali (Konstantinople besar) akan berada di bawah penguasaan Islam
sepenuhnya pada suatu masa kelak. Namun ulama Islam tidak dapat menentukan
dengan tepat bilakah zaman yang dimaksudkan dalam hadis-hadis tersebut. Hakikatnya
penguasaan ini berlaku sebelum munculnya Dajjal.
Ketika rakyat
Turki turun ke jalan-jalan raya menyokong presiden mereka laungan mereka
berbunyi “ Ya Allah, Bismillah, Allahu Akbar”. Bagi penulis,
perkara ini patut difikirkan dan diinsafi dengan mendalam kerana laungan ini
mendekati terjemahan hadis Kota Konstantinople yang akan dibuka dengan tasbih dan
takbir seperti hadis di atas dan hadis selainnya.
Sesungguhnya
hari-hari kemenangan Islam semakin tersingkap. Musuh-musuh Turki hanya
mampu memperlahankan arus kebangkitan namun tidak dapat menghadangnya. Sinar
Konstantinople semakin mendekati tamadun umat ini.
Semoga dpt terus berkongsi lg:)
ReplyDeleteTerbaik dr suhaimi al syarwaqy... amat bermanfaat
ReplyDelete