Berkongsi
dengan pembaca tentang tajuk “Dengan
Apa Kita Sambut Ramadhan” ? Tajuk ini telah disampaikan oleh Syeikh Ismail
Humaidi rahimahullah yang merupakan salah seorang ulama Mesir terkenal yang sempat
penulis kenali.
Beliau
merupakan warganegara Mesir yang menetap di Arab Saudi. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai
imam dan khatib di Masjid al-Qiblatain di Madinah.
Antara Intisarinya :
*Sedarlah masa
cepat berlalu dan jangan abaikan masa. Ramadhan tahun lepas dengan Ramadhan
tahun ini sangat pantas kerana masa saling
berdekatan.
*Berapa ramai
orang-orang yang tidak bersama kita sekarang untuk menyambut Ramadhan tahun
ini? Mereka semua di alam kubur.
*Jangan banyak habiskan
masa di pasar-pasar dan gedung-gedung perniagaan.
*Ubah kejahatan dengan mendekatkan diri kepada Allah.
*Bacalah al-Quran.
*fahami makna al-Quran dengan merujuk kepada kitab-kitab agama seperti kitab tafsir,
*fahami makna al-Quran dengan merujuk kepada kitab-kitab agama seperti kitab tafsir,
hadis, Feqah, fatwa. Contohnya suami baca pada malam Ramadhan
bab sirah Rasul, bab zakat
fitrah dan lain-lain kepada isteri dan
anak-anak.
*Jaga lidah dan anggota
badan dari maksiat.
*Lakukan solat sunat Terawih
( Intisari Khutbah
Ramadhan Syeikh Ismail Humaidi rahimahullah )
Syeikh Ismail Humaidi rahimahullah ( 1945-2007 )
Ambillah kata-kata pedoman daripada orang yang telah mendahului
kita ini ( meninggal tahun 2007 dan dikebumikan di perkuburan sahabat di
al-Baqie Madinah berdekatan kubur Uthman al-Affan r.a.hu. ) Penulis baru menyedari
kehilangan beliau tahun 2014.
Pepatah
Melayu mengatakan : “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama” . Salam Ramadhan 1435H.
:)
ReplyDelete