Hudud adalah
sebahagian dari hukum jenayah dalam Islam. Perbahasan tentang hudud terkandung
di dalam kitab-kitab feqah, tafsir dan hadis. Oleh itu setiap individu muslim
bertanggungjawab untuk memahami dan berusaha melaksanakannya apabila keadaan
mengizinkan.
Hudud bertujuan memastikan keamanan
wujud dalam masyarakat Islam. Hudud juga berperanan mendidik dan menggerunkan masyarakat terhadap hukuman yang akan dikenakan sekiranya melanggar batasan agama.
Perkataan hudud berasal
daripada perkataan Arab yang bermaksud “batasan-batasan”. Dari segi
istilah syarak majoriti ulama bersepakat
hudud bermaksud “ Hukuman yang
telah ditentukan oleh syarak sama ada berkaitan hak terhadap Allah atau hak
terhadap manusia “ ( Wahbah al-Zuhaili, Feqh
al-Islam wa Adilatuh hlm. 2, j.6 )
Ciri-ciri
hudud
1.
Hukuman-hukuman telah ditentukan mengikut ketetapan syarak. Tidak ada sesiapa
yang dapat mengubah, menambah atau mengurangkan hukuman.
2.
Kesalahan-kesalahan hudud boleh dimaafkan sebelum ia dibawa ke muka pengadilan.
Sekiranya sudah sampai ke muka pengadilan maka tiada sesiapa dapat memaaf atau
mengurangkan hukuman.
3.
Hukuman akan dijalankan kepada sesiapa sahaja yang mencukupi syarat dan tiada
pengecualian.
Kesalahan-kesalahan
yang dikenakan hudud
1. Murtad (
keluar dari agama Islam )
2. Zina
3. Tuduhan zina
4. Meminum arak
5. Mencuri
6. Merompak
7. Bughah (
pemberontak )
8. Liwath (
homoseks )
9. Hubungan seks
dengan haiwan
10. Sihir
(
Abdul Ghani Idris, Mengenal Kanun jenayah Islam, hlm. 28-29 )
Contoh
pelaksanaan hudud terhadap kesalahan merompak
Di
dalam hukum jenayah Islam perompak akan dikenakan salah satu daripada empat hukuman berikut.
1.
Jika membunuh tetapi tidak mengambil harta hukumnya dibunuh.
2.
Jika membunuh dan mengambil harta hukumnya dibunuh dan disalib.
3.
Jika mengambil harta tetapi tidak membunuh hukumnya dipotong tangan dan kaki
secara bersilang.
4. Jika
menakut-nakutkan orang ramai hukumnya dipenjara dan ditakzir ( mengikut hukuman
bersesuaian oleh pemerintah ) ( Takiyuddin Abu Bakar al-Husaini, Kifayah
al-Akhyar, (Syeikh Kamil
Muhammad ), hlm, 639 )
Pesalah
hudud akan dibicarakan dan dithabitkan kesalahan. Hukuman hudud seperti
kesalahan merompak tidak akan dijalankan sekiranya tidak mencapai syarat
hukuman. Namun hukuman takzir akan dikenakan. Hukuman hudud akan dilangsungkan di khalayak ramai seperti selepas solat Jumaat.
Sekiranya
telah thabit kesalahan merompak dan pelakunya dihukum potong tangan dan kaki
secara bersilang adakah sanggup seseorang mengatakan, “Hukuman ini tidak
adil dan tidak berperikemanusiaan“ lalu dia menangis untuk
perompak !. Dia lupa akibat jenayah yang dilakukan oleh perompak.
No comments:
Post a Comment