Berdasarkan
hadis dalam riwayat Muslim sungai Nil di Mesir adalah sungai dari syurga.
Begitu juga tiga sungai lain iaitu sungai Saihan, Jaihan dan Furat.
سَيْحَانُ
وَجَيْحَانُ وَالفُرَاتُ وَالنِّيلُ كُلٌّ مِنْ أَنْهَارِ الجَنَّةِ
Maksudnya :” Sungai Saihan, Jaihan,
Furat dan Nil semuanya dari sungai-sungai di dalam syurga “(Muslim, no. 2839)
Lokasi Sungai
Pendapat pertama mengatakan sungai Saihan dan Jaihan berada di Khurasan Iran, pendapat kedua mengatakan sungai Saihan di berada di India dan sungai Jaihan berada di Khurasan. Manakala sungai Furat ialah sungai yang memisahkan antara Syam dan semenanjung Arab. ( Mustafa al-Khin, Syarh Riyadh al-Salihin, hlm. 468, j. 2 ) Pendapat lain mengatakan sungai Saihan dan Jaihan terletak di Syam.
Pendapat pertama mengatakan sungai Saihan dan Jaihan berada di Khurasan Iran, pendapat kedua mengatakan sungai Saihan di berada di India dan sungai Jaihan berada di Khurasan. Manakala sungai Furat ialah sungai yang memisahkan antara Syam dan semenanjung Arab. ( Mustafa al-Khin, Syarh Riyadh al-Salihin, hlm. 468, j. 2 ) Pendapat lain mengatakan sungai Saihan dan Jaihan terletak di Syam.
Hakikat Sungai
Kata al-Nawawi dalam Syarh Muslim takwil yang
pertama ialah pengaruh keimanan secara umum akan meresapi ke negeri-negeri tersebut
namun takwil yang paling sahih ialah sungai-sungai ini pada zahirnya ada unsur syurga kerana syurga sudah wujud.(Syarh al-Nawawi ala Muslim, hlm.177, j.17 )
Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan kemungkinan disandarkan sungai-sungai
ini kepada sungai-sungai syurga kerana keberkatan sungai ini.( Ibn Hajar, Fath
al-Bari. hlm. 214, j. 7 )
Kata Mahir Yasin al-Fahl, terdapat dua pendapat ulama
berkenaan hal ini :
1. Ia adalah dari sungai-sungai syurga yang sebenar
tetapi ketika ia turun ke dunia ia menjadi hukum sungai dunia.
2. Ia bukan dari sungai-sungai syurga yang sebenar tetapi
ia merupakan sebaik-baik sungai dunia dan nabi s.a.w mensifatkannya dari sudut
ketinggian dan kelebihan sungai ini. ( Mahir Yasin al-Fahl, Syarh Riyadh
al-Salihin, hlm. 319, j. 2 )
Pada realitinya keberkatan ini dapat dibuktikan dengan sungai
di negara-negara berkenaan yang telah menyuburkan tanah-tanihnya dan mengeluarkan
hasil tanaman yang banyak dan segar. Antaranya pokok Tin dan Zaitun serta sayur-sayuran yang subur menghijau.
Negara persekitaran sungai seperti Mesir, Jordan, Syria, Iraq, Saudia, Palestin,
dan Sudan adalah negara-negara yang tersebarnya agama Islam dan menjadi pusat
pengajian Islam yang dikunjungi dari seluruh pelosok dunia. Di persekitaran ini
juga telah lahir tamadun kerajaan Umaiyyah, Abbasiyyah, dan Uthmaniyyah yang
telah mengangkat kedudukan umat Islam.
Sehingga kini persekitaran ini terus dikunjungi dan akan
sentiasa dikunjungi sehingga hari kiamat. Perkara ini menjadi bukti kebenaran hadis di
atas.

No comments:
Post a Comment