عن الحسن بن على بن زكريا : حدثنا شيبان بن فروخ : حدثنا يزيد بن زياد : حدثنا عبدالله بن سمعان عن عمرو ابن شعيب عن ابيه عن جده مرفوعا. إذا ختم العبد القرآن صلى عليه عند ختمه ستون ألف ملك
“Apabila seseorang hamba mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60,000 malaikat akan berselawat kepadanya ketika dia mengkhatamkannya”
Kata al-Fitni dalam kitab Tazkirah al-Mauduah :
“Ibn Sam‘an adalah Kazzab ( pendusta ) dan Abu Said al-Adawi terkenal wadda’ (pereka hadith palsu)”
Kata al-Ghumari dalam kitab al-Mughayyir :
“Hadith ini palsu (maudu )‘” Kata al-Suyuti dalam kitab al-Zail : “Ibn Sam‘an kazzab dan al-Hasan bin Ali bin Zakaria ialah Abu Said al-Adawi seorang yang terkenal dengan pencipta hadith palsu”
Kata al-Albani dalam kitab Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Mauduah :
“Hadis ini hadith palsu‘”
Kata al-Dhahabi dalam kitab al-Mughni fi al-Dhuafa :
“Al-Hasan bin Ali ialah Abu Said al-Adawi hidup selepas tahun 300 H. adalah seorang pereka hadith palsu”

Ulasan :
Berdasarkan ilmu Ulum al-Hadith dalam rangkaian sanad hadith di atas terdapat dua orang perawi yang tidak thiqah ( tidak dipercayai ) yang menyebabkan hadith ini tertolak. Perawi pertama bernama al-Hasan bin Ali yang digelar Abu Said al-Adawi merupakan seorang yang terkenal dengan wadda’ ( pereka hadith palsu ). Perkara ini telah dinyatakan oleh al-Suyuti dan al-Dhahabi seperti di atas.
Manakala perawi yang kedua ialah Abdullah bin Sam‘an atau Ibn Sam‘an terkenal dengan kazzab
( pendusta ) seperti kata al-Fitni dan al-Dhahabi. Setelah melihat kata-kata ulama hadith terhadap perawi- perawi di atas, secara ringkasnya menunjukkan bahawa rangkaian sanad hadith adalah tidak sahih kerana terdapat dua orang perawi yang dituduh kazzab dan wadda‘. Hadith ini telah dihukumkan palsu seperti kata al-Albani dan selain beliau..
Balasan Berdusta Kepada Nabi :
Hadith riwayat Abdullah bin al-Zubir daripada ayahnya :
“Sesiapa yang mendustakan terhadapku maka disediakan tempatnya di neraka” ( Bukhari no. hadith 107)
Manakala hadith riwayat daripada al-Mughirah :
Sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja maka disediakan tempatnya di neraka “
( Bukhari no. hadis 1291 )
Manakala perawi yang kedua ialah Abdullah bin Sam‘an atau Ibn Sam‘an terkenal dengan kazzab
( pendusta ) seperti kata al-Fitni dan al-Dhahabi. Setelah melihat kata-kata ulama hadith terhadap perawi- perawi di atas, secara ringkasnya menunjukkan bahawa rangkaian sanad hadith adalah tidak sahih kerana terdapat dua orang perawi yang dituduh kazzab dan wadda‘. Hadith ini telah dihukumkan palsu seperti kata al-Albani dan selain beliau..
Balasan Berdusta Kepada Nabi :
Hadith riwayat Abdullah bin al-Zubir daripada ayahnya :
من كذب علي فليتبوأ مقعده من النار
“Sesiapa yang mendustakan terhadapku maka disediakan tempatnya di neraka” ( Bukhari no. hadith 107)
Manakala hadith riwayat daripada al-Mughirah :
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
( Bukhari no. hadis 1291 )
Walaupun maksud hadith kelihatan baik kerana menggalakkan umat islam mengkhatam al-Quran tetapi ia bukan perkataan nabi. Ia direka atau dicipta oleh golongan tertentu dengan sebab-sebab yang tersendiri. Beramal dengan hadith di atas seolah-olah beranggapan nabi masih menyembunyikan sesuatu ilmu kepada umatnya sehingga terpaksa disampaikan oleh orang lain. Tohmahan ini sangat besar dosanya kerana termasuk dalam bentuk pendustaan kepada nabi !!!
Namun begitu, kelebihan membaca al-Quran tetap ada pada hadith-hadith yang lain seperti hadith dalam riwayat Bukhari :
خيركم من تعلم القرأن و علمه
"Sebaik-baik kamu siapa yang belajar al-Quran dan mengajarkannya"
Setiap umat Islam hendaklah menjauhi hadith-hadith yang palsu kerana ia bukan datang daripada nabi s.a.w. Sikap berhati-hati ini akan menyelamatkan diri daripada pendustaan terhadap nabi. s.a.w. dan akan mengelakkan dosa besar tanpa disedari.
No comments:
Post a Comment