Pengertian al-Israiliyyat
Dari segi bahasa :
perkataan al-Israiliyyat (الٳسرائيليات ) merupakan jamak daripada perkataan mufrad iaitu israil ( ٳسرائيل ).
Dalam kamus al-Mu’jam al-Asasi perkataan israil (ٳسرائيل ) merujuk kepada tiga perkara iaitu:
1. Gelaran yang diberikan kepada Ya’qub bin Ishaq
2. Anak-anak Ya’qub
3. Negara Israel di Palestin yang diduduki.
( Ahmad al-‘Aid, Al-Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi, hlm. 88 )
Sementara dalam Kamus Idris al-Marbawi pula perkataan Israil (ٳسرائيل ) ialah merujuk kepada nabi Allah Ya’qub. ( MuhammÉd Idris al-Marbawi, Kamus Idris al-MarbawÊ, hlm. 20 )
Dari segi istilah :
Ibn Taimiyyah dalam kitab Muqadimah fi Usul al-Tafsir memberi takrifan israiliyyat seperti berikut :
Muhammad Husayn al-Dhahabi menampilkan takrifan israiliyyat sebagai :
Manakala Muhammad Abu Syahbah memberi takrifan israiliyyat dari segi istilah sebagai :
Jenis-jenis Israiliyyat
1. Diterima kerana disokong oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti menentukan nama sahabat Musa a.s yang bernama Khidir, kisah Jasasah, dan kisah Jurayj seorang abid. Bahagian ini dianggap sahih dan maqbul . Ia boleh menjadi sokongan kepada al-Quran dan al-Hadith serta boleh menjadi hujah ke atas kitab mereka. Contohya hadith tentang yang dimaksudkan dengan sahabat nabi Musa a.s ialah nabi Khidir a.s.
Daripada Ibn Al-Abbas :
Daripada Ibn Abbas ia berselisih faham dengan al-Hurru bin al-Qais bin al-Hisn bin al-Fazari tentang sahabat Musa, Ibn Abbas berkata:“Dia adalah Khidir” Kebetulan telah datang kepada mereka Ubay bin Kaab maka Ibn Abbas memanggilnya dan berkata : "Adakah engkau mendengar Nabi s.a.w menyebut sesuatu tentangnya,Ubay menjawab :"ya" Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :"Ketika Musa berada bersama kaumnya
( Bani israil ) tiba-tiba datang seorang lelaki dan bertanya adakah engkau tahu orang yang lebih alim daripada engkau, Musa menjawab,“tidak” maka Allah telah mewahyukan kepada Musa,“Ya” dia adalah hamba Kami Khidir, maka Musa memohon kepada Allah bagaimana cara bertemu dengannya.
Ubay bin Kaab adalah salah seorang al-Ahbar Yahudi memperakui bahawa yang dimaksudkan dengan sahabat Musa tersebut ialah Khidir. Pendapat ini sama dengan pendapat Abdullah bin Abbas. manakala pendapat al-Hurru bin al-Qais tidak dinyatakan dalam hadith di atas.
2. Ditolak kerana bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah. Bahagian ini tidak boleh diterima dan tidak boleh meriwayatkannya kecuali untuk menerangkan kebatilannya. Bahagian ini ada yang berkaitan dengan tuduhan al-Ismah ( kemaksuman para nabi ) seperti kisah nabi Yusuf, nabi Daud, nabi Sulaiman. Bahagian ini juga ada yang berkaitan dengan perkara hukum.
Contoh perkara hukum hadith riwayat al-Bukhari :
Ibn Hajar memberi ulasan dalam kitab Fath al-Bari dengan berkata :
Maksud ayat ini sebagaimana diterangkan nabi s.a.w pada hadith yang lain ialah diharuskan mendatangi isteri sama ada mendepani atau membelakangi asalkan melalui faraj.
Kesimpulannya, perkataan orang Yahudi dalam riwayat di atas adalah perkataan yang bertentangan dengan hukum dan ia merupakan riwayat Israiliyyat yang ditolak.
3. Didiamkan kerana tiada sokongan al-Quran dan al-Sunnah. Bahagian ini didiamkan, tidak beriman dengannya dan tidak mendustakannya tetapi harus untuk meriwayatkannya sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w :
Kata Ibn Taymiyyah berkaitan bahagian ini :
"Oleh itu ulama Ahl al-Kitab telah berselisih dengan perselisihan yang besar dan menyebabkan berlaku perselisihan juga di kalangan al-Mufasirrin seperti mana mereka menyebut tentang nama-nama ashab al-Kahfi, warna dan bilangan anjing, tongkat Musa dari jenis pokok apa ? nama- nama burung yang Allah s.w.t hidupkan kepada Ibrahim, menentukan bahagian yang dipukul kepada mayat dari lembu dan jenis pokok yang Allah s.w.t bercakap melaluinya dengan Musa….. hinggalah kepada selain itu yang Allah s.w.t tidak jelaskan dalam al-Quran dan tidak memberi sebarang faedah kepada umat Islam sama ada dalam kehidupan dunia ataupun agama".
Contoh dalam bahagian ini : Nama pokok larangan dalam syurga pada ayat :
Ibn Kathir mengatakan khilaf mengenai jenis pokok tersebut dan terbahagi kepada enam pendapat.
Riwayat pertama yang disandarkan kepada al-Suddi bahawa pokok itu ialah pokok anggur
( الكرم ). Riwayat kedua yang disandarkan kepada Ibn Abbas dimaksudkan dengan setangkai bijian ( السنبلة ). Riwayat ketiga yang disandarkan juga disandarkan kepada Ibn Abbas bahawa pokok itu ialah pokok gandum ( البر ). Riwayat keempat yang disandarkan kepada Abi al-Jild bahawa pokok itu ialah pokok zaitun ( الزيتونة ), Riwayat kelima yang disandarkan kepada Abi Malik bahawa pokok itu ialah pokok tamar ( النخلة ). Riwayat keenam yang disandarkan kepada Ibn Juraij bahawa pokok itu ialah pokok tin.(الثينة )
Kata Ibn Jarir al-Tabari :
“Apa yang benar Allah S.W.T telah melarang Adam dan isterinya makan buah dari sebatang pokok dari pokok-pokok dalam syurga tetapi mereka berdua telah memakannya. Kita tidak tahu jenis pokok tersebut kerana Allah tidak memberi sebarang petanda kepada hambanya mengenai perkara tersebut dalam al-Quran atau dalam al-Sunnah yang sahih. Dikatakan pokok gandum, pokok anggur, pokok tin, dan harus dikatakan dari mana-mana satu pokok tersebut. Hal ini kerana orang yang mengetahui jenis pokok tersebut ianya tidak memberi manfaat dengan pengetahuan itu dan orang yang jahil tentang pokok tersebut ianya tidak memberi bahaya dengan kejahilannya. Wallahu ‘Alam".
Berdasarkan kenyataan di atas riwayat-riwayat yang datang adalah tidak marfu’ kepada nabi s.a.w. tetapi disandarkan kepada Ibn Abbas dan selainnya. Ia termasuk dalam israiliyyat yang yang didiamkan, tidak dibenarkan dan tidak didustakan. Nama pokok tersebut tidak perlu diperincikan kerana tidak diterangkan dalam al-Quran dan al-Hadith. Cukup sekadar yang disebut dalam al-Quran sahaja iaitu perkataan " الشجرة “ (sepohon pokok) tanpa ditentukan nama pokok tersebut.
Dari segi bahasa :
perkataan al-Israiliyyat (الٳسرائيليات ) merupakan jamak daripada perkataan mufrad iaitu israil ( ٳسرائيل ).
Dalam kamus al-Mu’jam al-Asasi perkataan israil (ٳسرائيل ) merujuk kepada tiga perkara iaitu:
1. Gelaran yang diberikan kepada Ya’qub bin Ishaq
2. Anak-anak Ya’qub
3. Negara Israel di Palestin yang diduduki.
( Ahmad al-‘Aid, Al-Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi, hlm. 88 )
Sementara dalam Kamus Idris al-Marbawi pula perkataan Israil (ٳسرائيل ) ialah merujuk kepada nabi Allah Ya’qub. ( MuhammÉd Idris al-Marbawi, Kamus Idris al-MarbawÊ, hlm. 20 )
Dari segi istilah :
Ibn Taimiyyah dalam kitab Muqadimah fi Usul al-Tafsir memberi takrifan israiliyyat seperti berikut :
“Apa yang diambil daripada Ahl al-Kitab seperti mengambil daripada Kaab, Wahab, Muhammad bin Ishaq dan lain-lain ( Ibn Taimiyyah, Muqadimah
fi Usul al-Tafsir, Fawwaz Ahmad Zamarli, hlm. 49-50 )
Muhammad Husayn al-Dhahabi menampilkan takrifan israiliyyat sebagai :
“Setiap apa yang dilandaskan kepada tafsir dan hadis daripada cerita dongeng orang dahulu kala yang disandarkan kepada asal riwayatnya daripada Yahudi atau Nasrani atau selain mereka”( Muhammad Husayn al-Dhahabi
al-Israiliyyat fÊ al-TafsÊr wa al-Hadith hlm. 13 )
“Kisah atau peristiwa yang diriwayatkan dari sumber Israil "
( Muhammad
Abu Syahbah al-IsrailiyyÉt wa al-MawdËat fÊ Kutub al-Tafsir, hlm. 12 )
1. Diterima kerana disokong oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti menentukan nama sahabat Musa a.s yang bernama Khidir, kisah Jasasah, dan kisah Jurayj seorang abid. Bahagian ini dianggap sahih dan maqbul . Ia boleh menjadi sokongan kepada al-Quran dan al-Hadith serta boleh menjadi hujah ke atas kitab mereka. Contohya hadith tentang yang dimaksudkan dengan sahabat nabi Musa a.s ialah nabi Khidir a.s.
Daripada Ibn Al-Abbas :
عن ابن عباس أنه تمارى هو والحر بن قيس بن حصن الفزاري في صاحب موسى, قال ابن عباس : هو خضر فمر بهما أبي بن كعب, فدعاه ابن عباس, فقال : إني تماريت أنا وصاحبي هذا في صاحب موسى, الذي سأل موسى السبيل الى لقيه هل سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يذكر شأنه ؟ قال نعم, سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : بينما موسى في ملإ من بني إسرائيل, جاءه رجل, فقال : هل تعلم أحدا أعلم منك ؟ قال موسى : لا, فأوحى الله عز وجل الى موسى بلى عبدنا خضر فسأل موسى السبيل إليه.
Daripada Ibn Abbas ia berselisih faham dengan al-Hurru bin al-Qais bin al-Hisn bin al-Fazari tentang sahabat Musa, Ibn Abbas berkata:“Dia adalah Khidir” Kebetulan telah datang kepada mereka Ubay bin Kaab maka Ibn Abbas memanggilnya dan berkata : "Adakah engkau mendengar Nabi s.a.w menyebut sesuatu tentangnya,Ubay menjawab :"ya" Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :"Ketika Musa berada bersama kaumnya
( Bani israil ) tiba-tiba datang seorang lelaki dan bertanya adakah engkau tahu orang yang lebih alim daripada engkau, Musa menjawab,“tidak” maka Allah telah mewahyukan kepada Musa,“Ya” dia adalah hamba Kami Khidir, maka Musa memohon kepada Allah bagaimana cara bertemu dengannya.
Ubay bin Kaab adalah salah seorang al-Ahbar Yahudi memperakui bahawa yang dimaksudkan dengan sahabat Musa tersebut ialah Khidir. Pendapat ini sama dengan pendapat Abdullah bin Abbas. manakala pendapat al-Hurru bin al-Qais tidak dinyatakan dalam hadith di atas.
2. Ditolak kerana bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah. Bahagian ini tidak boleh diterima dan tidak boleh meriwayatkannya kecuali untuk menerangkan kebatilannya. Bahagian ini ada yang berkaitan dengan tuduhan al-Ismah ( kemaksuman para nabi ) seperti kisah nabi Yusuf, nabi Daud, nabi Sulaiman. Bahagian ini juga ada yang berkaitan dengan perkara hukum.
Contoh perkara hukum hadith riwayat al-Bukhari :
حدثنا أبو نعيم حدثنا سفيان عن ابن المنكدر سمعت جابرا رضي الله عنه قال كانت اليهود تقول إذا جامعها من ورائها جاء الولد أحول فنزلت { نساؤكم حرث لكم فأتوا حرثكم أنى شئتم
“Telah menceritakan kepada kami Abu Nuaim, telah menceritakan kepada kami Sufian, daripada Ibn al-Munkadir, Aku mendengar Jabir r.a.hu berkata : “Orang Yahudi berkata apabila kamu menggauli isteri kamu dari belakangnya maka akan lahir anak yang bermata juling” Maka turunlah ayat ( Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datanglah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai"
“ Orang Yahudi telah mendustakan Allah dengan dakwaan mereka kerana sebenarnya, harus bagi seorang suami mendatangi isteri-isteri mereka mengikut kemahuan mereka".
Kesimpulannya, perkataan orang Yahudi dalam riwayat di atas adalah perkataan yang bertentangan dengan hukum dan ia merupakan riwayat Israiliyyat yang ditolak.
3. Didiamkan kerana tiada sokongan al-Quran dan al-Sunnah. Bahagian ini didiamkan, tidak beriman dengannya dan tidak mendustakannya tetapi harus untuk meriwayatkannya sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w :
لا تصدقوا أهل الكتاب ولا تكذبوهم وقولوا آمنا بالله وما أنزل إلينا
“Janganlah kamu membenarkan Ahl al-Kitab dan janganlah kamu mendustakannya dan katakanlah kepada mereka kami beriman kepada Allah dan kami beriman dengan apa yang diturunkan kepada “ Bahagian yang ketiga ini menjadi perselisihan antara ulama tentang keharusan meriwayatkannya"
"Oleh itu ulama Ahl al-Kitab telah berselisih dengan perselisihan yang besar dan menyebabkan berlaku perselisihan juga di kalangan al-Mufasirrin seperti mana mereka menyebut tentang nama-nama ashab al-Kahfi, warna dan bilangan anjing, tongkat Musa dari jenis pokok apa ? nama- nama burung yang Allah s.w.t hidupkan kepada Ibrahim, menentukan bahagian yang dipukul kepada mayat dari lembu dan jenis pokok yang Allah s.w.t bercakap melaluinya dengan Musa….. hinggalah kepada selain itu yang Allah s.w.t tidak jelaskan dalam al-Quran dan tidak memberi sebarang faedah kepada umat Islam sama ada dalam kehidupan dunia ataupun agama".
Contoh dalam bahagian ini : Nama pokok larangan dalam syurga pada ayat :
" ولا تقربا هذه الشجرة “
"Janganlah kamu hampiri pokok ini “ ( Surah al-Baqarah 1 : 35 )
Ibn Kathir mengatakan khilaf mengenai jenis pokok tersebut dan terbahagi kepada enam pendapat.
Riwayat pertama yang disandarkan kepada al-Suddi bahawa pokok itu ialah pokok anggur
( الكرم ). Riwayat kedua yang disandarkan kepada Ibn Abbas dimaksudkan dengan setangkai bijian ( السنبلة ). Riwayat ketiga yang disandarkan juga disandarkan kepada Ibn Abbas bahawa pokok itu ialah pokok gandum ( البر ). Riwayat keempat yang disandarkan kepada Abi al-Jild bahawa pokok itu ialah pokok zaitun ( الزيتونة ), Riwayat kelima yang disandarkan kepada Abi Malik bahawa pokok itu ialah pokok tamar ( النخلة ). Riwayat keenam yang disandarkan kepada Ibn Juraij bahawa pokok itu ialah pokok tin.(الثينة )
Kata Ibn Jarir al-Tabari :
“Apa yang benar Allah S.W.T telah melarang Adam dan isterinya makan buah dari sebatang pokok dari pokok-pokok dalam syurga tetapi mereka berdua telah memakannya. Kita tidak tahu jenis pokok tersebut kerana Allah tidak memberi sebarang petanda kepada hambanya mengenai perkara tersebut dalam al-Quran atau dalam al-Sunnah yang sahih. Dikatakan pokok gandum, pokok anggur, pokok tin, dan harus dikatakan dari mana-mana satu pokok tersebut. Hal ini kerana orang yang mengetahui jenis pokok tersebut ianya tidak memberi manfaat dengan pengetahuan itu dan orang yang jahil tentang pokok tersebut ianya tidak memberi bahaya dengan kejahilannya. Wallahu ‘Alam".
Berdasarkan kenyataan di atas riwayat-riwayat yang datang adalah tidak marfu’ kepada nabi s.a.w. tetapi disandarkan kepada Ibn Abbas dan selainnya. Ia termasuk dalam israiliyyat yang yang didiamkan, tidak dibenarkan dan tidak didustakan. Nama pokok tersebut tidak perlu diperincikan kerana tidak diterangkan dalam al-Quran dan al-Hadith. Cukup sekadar yang disebut dalam al-Quran sahaja iaitu perkataan " الشجرة “ (sepohon pokok) tanpa ditentukan nama pokok tersebut.
No comments:
Post a Comment