Peristiwa memperbaharui visa kali pertama
Kota Bharu
Kota Bharu
Ketika berjalan-jalan di Kota Bharu minggu lepas ( 13 Disember 2013 ) aku terjumpa dengan Zahari yang merupakan ahli bait ( rakan serumah ) semasa menjadi pelajar baru di Kaherah. Kali terakhir bertemu Zahari ialah di Zagazig akhir tahun 90-an. Kami berbual seketika sambil bertukar-tukar nombor telefon. Aku teringat satu peristiwa bersama Zahari.
Bas no. 926
Mendengar teriakan itu, masing-masing meluru ke pintu dan mula terjun turun seorang demi seorang dalam keadaan bas yang bergerak perlahan. Ada yang turun melalui pintu hadapan dan ada yang turun melalui pintu belakang.
Tiba giliran aku untuk melompat turun melalui pintu belakang dan secara spontan aku melompat turun dalam keadaan terhoyong-hayang. Di belakang aku Hisham yang melompat turun dalam keadaan terbabas dan memaut lelaki-lelaki Arab di bahu jalan. Manakala di belakang Hisham ialah Khairuddin yang teragak-agak untuk melompat turun.
Kata Khairuddin ketika menceritakan kisah ini dia disuruh oleh lelaki-lelaki Arab di dalam bas supaya turun dengan perkataan “aiwah ya Malizi... Inzil, Inzil, Inzil….. ( Hai orang Malaysia, turun...turun...turun....) namun bas terus bergerak laju dan beliau tidak sempat turun sehinggalah bas sampai ke perhentian terakhir. ( Akhir mahattah )
Dari perhentian terakhir, Khairuddin tidak turun dan membayar tiket untuk menuju semula ke Hayyu Sabie dan pulang ke rumah berseorangan. Hanya Khairuddin yang tidak dapat memperbaharui visa pada hari itu.
Moral cerita ini :
1. Pengangkutan awam hendaklah mesra pelanggan.
2. Pilih gaya terjun dari bas yang bergerak perlahan.
3. Larangan mencium jalanraya.
Kami pelajar baru seramai 8 orang bersetuju untuk memperbaharui visa pada keesokan hari dengan dibawa oleh pelajar lama yang dikenali dengan us. Suldi. Pada pagi itu kami menaiki bas di Hayyu Sabie no. 926 ( bas popular ) Apabila tiba ke tempat yang di tuju iaitu Jawazat ( Imegresen ) tiba – tiba us. Suldi berteriak “ Zahari !!! turun !!!!!
Mendengar teriakan itu, masing-masing meluru ke pintu dan mula terjun turun seorang demi seorang dalam keadaan bas yang bergerak perlahan. Ada yang turun melalui pintu hadapan dan ada yang turun melalui pintu belakang.
Tiba giliran aku untuk melompat turun melalui pintu belakang dan secara spontan aku melompat turun dalam keadaan terhoyong-hayang. Di belakang aku Hisham yang melompat turun dalam keadaan terbabas dan memaut lelaki-lelaki Arab di bahu jalan. Manakala di belakang Hisham ialah Khairuddin yang teragak-agak untuk melompat turun.
Kata Khairuddin ketika menceritakan kisah ini dia disuruh oleh lelaki-lelaki Arab di dalam bas supaya turun dengan perkataan “aiwah ya Malizi... Inzil, Inzil, Inzil….. ( Hai orang Malaysia, turun...turun...turun....) namun bas terus bergerak laju dan beliau tidak sempat turun sehinggalah bas sampai ke perhentian terakhir. ( Akhir mahattah )
Dari perhentian terakhir, Khairuddin tidak turun dan membayar tiket untuk menuju semula ke Hayyu Sabie dan pulang ke rumah berseorangan. Hanya Khairuddin yang tidak dapat memperbaharui visa pada hari itu.
Moral cerita ini :
1. Pengangkutan awam hendaklah mesra pelanggan.
2. Pilih gaya terjun dari bas yang bergerak perlahan.
3. Larangan mencium jalanraya.
No comments:
Post a Comment