Dalam Sunan
al-Tirmizi terdapat hadis tentang kepentingan tawakal yang lafaznya :
لَوْ
أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا
يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan
sebenar-benar tawakal nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana Allah memberi
rezeki kepada burung yang keluar pada sebelah pagi dengan perut kosong dan
pulang pada sebelah petang dengan perut kenyang
( Al-Tirmizi, no. hadis 2344 )
( Al-Tirmizi, no. hadis 2344 )
Mufradat hadis
حَقَّ تَوَكُّلِهِ = Hanya Allah
yang memberi rezeki tiada terlintas dalam hati selainNya.
لَرَزَقَكُمْ = Setiap hari
diberi rezeki yang baru kepada kamu
تَغْدُو خِمَاصاً = Keluar pagi
dalam keadaan perut lapar
وَتَرُوحُ بِطَاناً = Pulang petang dalam
keadaan perut kenyang
( Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Muhammad Fuad Abd al-Baqi, jld. 2, hlm. 1394 )
( Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Muhammad Fuad Abd al-Baqi, jld. 2, hlm. 1394 )
Kedudukan hadis :
Al-Tirmizi telah menilai hadis ini sebagai
hadis hasan sahih. Al-Albani seorang pengkaji hadis telah menilai hadis ini
sebagai hadis sahih. Ini membawa maksud hadis ini sahih pada sanad ( rangkaian
perawi ) dan sahih pada matan ( teks hadith ) dan boleh beramal serta berhujah
dengannya.
( Riyadh al-Salihin, al-Fahl, jld. 1, hlm 80 )
( Riyadh al-Salihin, al-Fahl, jld. 1, hlm 80 )
Intisari hadis
Hadis menerangkan seekor burung yang yang keluar
pada sebelah pagi dengan perut yang lapar dan pulang pada sebelah petang dengan
perut yang kenyang. Burung ini berusaha bersungguh-sungguh
mencari makan di tempat yang ia yakin terdapat makanan dan Allah memberikan
makanan ( rezeki ) kepadanya di atas hasil usahanya. Usaha dan keyakinan ini
memberi makna tawakal kepada Allah.
Maksud tawakal
Pada
bahasa : Pergantungan kepada Allah beserta menzahirkan kelemahan diri.
( Tafsir Al-Qurtubi jld. 4, hlm. 248 )
Pada istilah Fuqaha : Thiqah
( yakin ) kepada Allah, yakin kepada qada Allah, mengikuti sunnah Rasulullah
s.a.w. dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan sebab-sebabnya.
( Tafsir Al-Qurtubi jld.
4, hlm. 189 )
Kesimpulannya tawakal bermaksud menyerahkan
sesuatu urusan kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh dengan kemampuan yang ada.
Aplikasi hadis
Burung telah berusaha bersungguh-sungguh
mencari makanan pada awal-awal pagi dengan tawakal. Usahanya berjaya sehingga ia
balik dengan kenyang pada waktu petang. Manusia berusaha bersungguh-sungguh
mendapatkan sesuatu dan bertawakal. Usaha manusia akan berjaya sehingga manusia
mendapatkan apa yang diinginkannya.
Hari kelapan
Pencarian pesawat MH370 telah masuk hari kelapan ( 15 Mac 2014 ). Maklumat terkini yang disahkan oleh
MAS ialah pesawat MH370 telah berpatah balik dari laluan asal selepas ia hilang
dari radar. Berdasarkan maklumat terbaru ini pelbagai teori positif yang
dilontarkan. Antaranya pesawat itu tidak terhempas dan mempunyai unsur rampasan
pesawat. Ini menjadi sinar baru kepada waris-waris yang terlibat. Namun begitu
pesawat MH370 tetap dalam status missing .
Menurut pendapat penulis pesawat MH370 boleh
dijumpai dengan kadar cepat dan redha tuhan melalui satu syarat
terpenting seperti di atas. Syarat ini dapat diaplikasikan daripada hadis dalam
Sunan Ibn Majah dan Sunan al-Tirmizi. Syarat jumpai ialah bertawakal kepada Allah
dengan sebenar-benar tawakal selepas berusaha bersungguh-sungguh dengan segala teknologi dan kepakaran yang ada pada manusia.
Marilah umat islam seluruhnya tanpa terkecuali
seorangpun menyuburi sifat tawakal kepada Allah setelah berusaha. Janganlah kita ego dengan
usaha-usaha jitu yang dilakukan sehingga lupa kepada tawakal.Teknologi dan agama hendaklah seiring untuk penemuan yang pasti dan diredhai...
Syukran.....
ReplyDeleteafwan...
Delete