Rakyat Mesir
yang terlibat dengan demontrasi aman di dataran Rabaah al-Adawiyyah pada Ogos
2013 mempunyai cerita tersendiri, antaranya
Muhammad al-Beltaji ( pemimpin parti kebebasan & keadilan ) yang kehilangan anak perempuan Asma binti Muhammad al-Beltaji.
Surat ini ditulis meratapi kematian anak kesayangannya.
“Anakku yang
dikasihi dan juga guruku yang ulung Asma binti Muhammad al-Beltaji, aku tidak mengatakan
selamat tinggal, bahkan aku mengatakan
esok kita berjumpa”…
“Kamu hidup
dengan mendongak kepala melawan kezaliman dan menentang pemimpin-pemimpin kejahatan.
Kamu mencari dalam diam ufuk baru untuk
mengulangi dan membina umat ini semula dan
mengembalikan kepada kedudukannya yang bertamadun “
“Kamu tidak
sibuk dengan sesuatu yang menjadi keinginan gadis pada usia kamu, bahkan kamu
mengutamakan pelajaran, namun pembelajaran tradisi masih tidak memuaskan hati
kamu”.
“Aku masih
tidak puas untuk hidup bersamamu dalam kehidupan yang pendek ini, khasnya
masaku tidak banyak untuk aku berikan kebahagiaan dan keseronokan dalam
kehidupan bersamamu. Pada saat akhir hayatmu kita duduk bersama-sama di dataran
Rabaah al-Adawiyah dan engkau menegurku dengan lembut dengan berkata ( kamu
sentiasa sibuk untuk bersama kami) aku menjawab ( kehidupan ini tidak panjang
untuk kita memuaskan hati sesama kita. Aku berdoa kepada Allah supaya memberi
kebahagiaan kepada kita di dalam Syurga untuk kita bersama-sama menikmati
kehidupan sepuas-puasnya )
“Dua hari
sebelum engkau syahid aku melihat dalam mimpi engkau memakai pakaian pengantin
yang terserlah kecantikannya, segar bercahaya yang tiada tandingan dalam dunia.
Ketika engkau menghampiriku, aku bertanya dalam diam adakah ini malam pengantin
engkau? engkau telah memberi jawapan pasti pada
hari ini ( pada waktu Zohor bukan pada waktu Asar yang dijanjikan
pertemuan) ketika aku mendapat berita kesyahidan engkau pada hari Rabu waktu
Zohor…
No comments:
Post a Comment