Pada 26-28 April 2014 merupakan detik
bersejarah bagi Malaysia kerana menerima kunjungan daripada Presiden Amerika
Barrack Obama. Ini ialah kunjungan kali kedua oleh Presiden Amerika sejak 46
tahun dahulu. Presiden pertama yang mengunjungi Malaysia adalah Lyndon B.
Johnson pada tahun 1966.
Utusan Malaysia melaporkan bahawa tiga Memorandum
Persefahaman ( MoU ) antara syarikat Malaysia dan AS membabitkan pelaburan
bernilai AS2bilion.
Perjanjian ini termasuklah MoU antara Sime
Darby-Verdezyne dalam bidang bioteknologi, GE dan AirAsia untuk penyelenggaraan
25 pesawat baharu A3330 AirAsia X. Satu lagi perjanjian antara MetLife dengan
kumpulan ArabMalaysian untuk pembelian saham dalam Amlife dan AmTakaful.
Antara tempat lawatan Obama ialah Masjid Negara
dan bertemu dengan Imam Masjid Negara Syeikh Ismail Muhammad. Beliau sempat
meminta Obama sebagai Presiden Amerika supaya menghentikan pembunuhan umat
Islam di seluruh dunia.
Obama sempat makan nasi lemak dan buah-buahan
tempatan seperti durian dan manggis. Menurut Obama buah durian beliau pernah makan semasa kecil
di Indonesia tetapi tidak menyukai rasanya.
Sebagai negara kerdil di peringkat antarabangsa
Malaysia tentunya berbangga dengan lawatan Obama sebagai lelaki paling berkuasa
di dunia ketika ini di samping dapat mengeratkan persahabatan yang sedia
terjalin sejak sekian lama dan dapat meningkatkan kerjasama ekonomi antara dua
negara.
Namun bagi sesetengah pihak tujuan lawatan
Obama adalah untuk melobi negara-negara Asia termasuk Malaysia supaya
menandatangani Perkongsian Perjanjian Trans-Pasifik ( TPPA ). Pengkritik
mendakwa perjanjian ini tidak menguntungkan Malaysia dalam jangka masa panjang
kerana negara tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain yang lebih maju
dalam beberapa perkara.
SEKADAR IMPIAN
Alangkah bertuahnya dunia Islam sekiranya Barrak Hussein Obama adalah seorang pemimpin Islam. Pemimpin yang memegang kuasa dunia berdasarkan prinsip-prinsip keadilan Islam. Keadilan yang merentasi segala bangsa dan agama.
Bangsa pula bukanlah sesuatu yang utama dalam
keadilan Islam. Bangsa yang bertakwa dan beriman itulah yang terbaik. Begitulah
nilai seseorang manusia adalah berdasarkan takwa. Sesiapa yang paling bertakwa
adalah yang paling mulia di sisi Allah. Takwa pula memberi makna melakukan
segala suruhan Allah dan meningggalkan segala larangannya.
Dalam
satu hadis Rasululah s.a.w. pernah menyatakan :
لَا
فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى عَجَمِيٍّ، وَلَا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ، وَلَا
لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ، وَلَا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ، إِلَّا بِالتَّقْوَى
Maksudnya : Tidak ada kelebihan bangsa
Arab dengan bangsa Ajam, bangsa Ajam dengan Arab, bangsa berkulit merah dengan
berkulit hitam, bangsa berkulit hitam dengan berkulit merah melainkan dengan
kelebihan takwa.
( Ahmad b. Hanbal, Musnad Ahmad, (
Syuaib al-Arnaut ) hlm. 474, jld. 38, no. h. 23489 )
Bangsa Ajam dalam
hadis di atas ialah bangsa selain bangsa
Arab. Oleh itu nilai takwa yang menjadi ukuran ketinggian sesuatu bangsa.
Realitinya
dunia Islam memerlukan pemimpin besar seperti Obama yang memimpin kuasa besar dunia untuk memakmurkan
alam berasaskan prinsip-prinsip keadilan Islam seperti yang pernah tercatat
dalam lembaran sejarah silam.
hakikatnya, masyarakat dunia begitu berbangga dengan pencapaian bangsa. baik bangsa China,German, Yahudi dan sebagainya. sungguh Islam itu yang terbaik yang tidak pernah membezakan warna kulit dan kelas masyarakat.
ReplyDeleteentri yang bagus. menjadi cetusan untuk berfikir.