Ketika itu masuk waktu solat fardhu Isyak. Imam yang rutin entah ke mana. Seorang lelaki tua sekitar umur 60-an mengambil tempat dan mengimani solat fardhu Isyak. Lelaki ini seingat aku sekali atau dua kali sahaja menjadi imam di masjid ini.
Lelaki ini membaca ayat-ayat dari surah Maryam
dan getaran ayat-ayat ini mengocak hati
para jemaah, termasuklah aku yang berada dalam saf yang ketiga. Getaran
ayat-ayat kian terasa apabila sampai pada ayat 90-95 surah ini iaitu :
تَكَادُ
السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ
هَدًّا (90)
أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا (91)
وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا (92)
إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَنِ عَبْدًا (93)
لَقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا (94)
وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا (95)
Maksudnya:
“Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan tanggapan
mereka yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-gunung
pun nyaris-nyaris runtuh ranap ( 90) Kerana mereka mendakwa al-Rahman (Allah) mempunyai
anak ( 91) Padahal tiada layak bagi al-Rahman (Allah) mempunyai anak (92) Tidak
ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan dia akan datang kepada al-Rahman
(Allah) sebagai hamba (93) Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka serta menghitung mereka
satu persatu (94) Dan mereka masing-masing akan datang menghadapNya pada hari kiamat
seorang diri” (95) (surah
Maryam 19 : 90 -95)
Begitu kudusnya ayat-ayat yang
dibaca. Halim seorang sahabatku berkata dia hampir-hampir gugur air mata
seandainya ada lagi rakaat-rakaat tambahan yang dibacakan oleh lelaki ini. Begitulah perasaan sahabat-sahabatku yang lain.
Namun, bak kata pepatah Melayu “ rambut sama hitam
hati lain-lain”. Pepatah ini terbukti benar apabila selepas solat dan doa,
berlaku pertengkaran mulut antara lelaki ini dengan salah seorang jemaah.
Jemaah ini berumur sekitar 50-an. Aku kenal jemaah ini kerana dia jiranku (selang
beberapa rumah). Aku dan sahabat-sahabatku pernah dijemput ke rumahnya untuk
menikmati “syai” (teh). Katanya dia ada anak lelaki yang bekerja di “Vienna”.
Pada mulanya aku sangkakan tempat itu “Vietnam”, tetapi sebenarnya “Vienna” yang
merupakan satu bandar di Jerman.
Aku mendengar pertengkaran itu dari kejauhan sahaja kerana
ingin cepat pulang ke rumah. Sahabat-sahabat yang lain begitu juga kerana
masing-masing ingin cepat pulang untuk mengambil “asyak” (makan malam).
Tidak ada seorangpun yang memberi perhatian serius terhadap pertengkaran itu, mungkin disebabkan kami lapar dan juga tidak memahami butir-butir pertengkaran itu dengan jelas.
Keesokannya harinya barulah kami berbual tentang lelaki yang menjadi imam dan pertengkarannya dengan salah seorang jemaah. Perbualan sesama sendiri yang tiada jawapan. Apa yang dikesali, aku tidak pernah nampak lelaki itu di Zagazig lagi…!!!!!. Kami tidak berpeluang untuk berkenalan dengan lelaki ini. Butiran yang dipertengkarkan juga menjadi misteri serentak dengan misteri kehilangannya dari masjid al-Fath, Zagazig.
Keesokannya harinya barulah kami berbual tentang lelaki yang menjadi imam dan pertengkarannya dengan salah seorang jemaah. Perbualan sesama sendiri yang tiada jawapan. Apa yang dikesali, aku tidak pernah nampak lelaki itu di Zagazig lagi…!!!!!. Kami tidak berpeluang untuk berkenalan dengan lelaki ini. Butiran yang dipertengkarkan juga menjadi misteri serentak dengan misteri kehilangannya dari masjid al-Fath, Zagazig.
Berkaitan ayat 90,91,92 surah Maryam yang dibacakan lelaki misteri ini, mengikut Tafsir
pimpinan al-Rahman menyimpulkan sebagai berikut :
(84) Dengan ini Allah Taala menerangkan bagaimana
salahnya dakwaan kaum kafir yang mengatakan Allah mempunyai anak, sehinggakan
alam langit dan bumi serta gunung ganangnya nyaris-nyaris pecah dan hancur
lebur kerana ngeri dan besarnya dakwaan yang dusta dan tidak berasas itu. (Sheikh Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan al-Rahman, hlm. 767).
Ayat-ayat yang diperkatakan ini adalah berkaitan dengan orang-orang
Yahudi yang mengatakan bahawa Uzair adalah anak Allah, sementara orang-orang Nasrani
pula mengatakan Isa adalah anak Allah. Ayat-ayat yang dibacakan oleh lelaki misteri ini menafikan dakwaan Yahudi dan Nasrani tersebut !!!
Allahu Akbar, ayat-ayat ini sangat menarik maknanya dan lelaki ini sangat misteri...
Allahu Akbar, ayat-ayat ini sangat menarik maknanya dan lelaki ini sangat misteri...
menarik!!!
ReplyDelete